Tadabur Al-Quran pada juz ke 24 bermula ayat 32 daripada atau surah Al-Mukmin dan surah Fusshilat sehingga ayat ke 46.
Allah menyeru umat lslam agar menjadi golongan yang mengikut kebenaran serta membenarkannya dan jangan sekali-kali terlibat dengan puak yang mendustai kebenaran apabila tidak selari dengan kehendaknya.
Setiap hari, Allah memberi peluang kepada manusia agar bersyukur terhadap nikmat-Nya yang terlalu banyak khasnya nikmat hidup.
Allah berkuasa penuh untuk mematikan manusia setiap kali mereka tidur kerana pada masa mereka tidur, ruh akan keluar daripada jasad, sewajibnya manusia mensyukuri nikmat ini setiap kali bangun daripada tidur.
Surah Al-Zumar seterusnya surah Ghaafir.
Setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah dimohon ampun agar Allah kembali menurunkan kasih-sayang-Nya.
Tidak ada istilah putus asa dan kecewa terhadap rahmat Allah.
Allah sudah tegaskan bahawa sesiapa yang sengaja dengan tindakannya sendiri menyanggahi seruan Allah, kelak akan masuk neraka bersama golongan yang turut menentang seruan Allah.
Sebaliknya, kumpulan yang beriman dan selalu akur arahan Allah akan dimasukkan ke dalam syurga.
Di awal surah Ghaafir, Allah membawa kisah perjuangan para Anbiya’ yang sentiasa dikecam oleh kaum mereka namun akhirnya diberi kejayaan di atas usaha, kesabaran, sentiasa memohon ampun dan tidak lekang daripada tarbiyah diri di waktu pagi dan petang.
Allah memberitakan bahawa di kala golongan yang menentang kebenaran dimasukkan ke dalam neraka dan memohon kepada agar Allah meringankan siksaan ke atas mereka.
Malaikat mempersoalkan tindakan mereka di dunia yang tidak mengikut para Rasul sehingga mengakibatkan mereka dihumban ke neraka.
Malaikat menempelak mereka dengan berpesan agar mereka berdoa untuk mendapat permohonan ampun daripada Allah, namun ianya sudah terlambat.
Dalam surah Fusshilat, Allah memberi peringatan kepada para penentang utusan-utusan-Nya agar mengambil pelajaran daripada kisah kaum ‘Aad dan kaum Tsamud yang dihancurkan oleh Allah melalui angin kencang dan sambaran petir yang mengerikan.
Umat Islam mesti membina diri mereka untuk menjadi para pendakwah yang sentiasa mengajak kepada kebenaran.
Hanya panduan Al-Quran yang bersifat Fussilat atau menjelaskan dapat menyelamatkan manusia daripada hasutan dan bisikan yang mengajak kepada jalan yang sesat.
Berusahalah dalam tempoh enam hari berbaki ini mempertingkatkan amalan kita sekalipun merasa kepenatan dan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.
Jangan mudah kalah dengan nafsu kita dan ingatlah selalu sabda Nabi S.A.W:
التمسوها في العشرِ الأواخرِ ، فإنْ ضعُفَ أحدُكُم أو عجزَ فلا يُغْلَّبنَّ على السَّبعِ البَواقِي
“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang daripada kamu merasa lemah atau tidak mampu, maka janganlah sampai tertewas pada tujuh hari yang masih berbaki”.
(Riwayat Muslim)
Dato’ Ahmad Yakob
