Zahid Bentuk Jajaran Baru Dengan PKR Dan DAP Sebagai Pembangkang?

Zahid Bentuk Jajaran Baru Dengan PKR Dan DAP Sebagai Pembangkang?

Aku tak tahu nak ketawa ke atau nak nangis.

Rupa-rupanya agenda sulit si Zahid dengan Anwar ialah untuk gabungkan UMNO, DAP dan PKR selepas PRU15 nanti dalam suatu entiti politik baru yang dorang gelar ‘JAJARAN BARU’.

Cadangan ini telah pun direstui oleh Najib tapi di luar pengetahuan MKT UMNO.

Mulanya aku ingat semua ini cakap-cakap kosong orang politik tetapi bila ada kawan-kawan rapat aku bagitahu Zahid memang serius nak wujudkan ‘Jajaran Baru’ ini dan bila aku ingat balik apa yang dia, Anwar dan DAP sebut kebelakangan ini maka aku bertambah yakin mereka rupanya bersungguh untuk wujudkan sebuah gagasan politik yang dinamik di mana DAP akan menjadi tunjangnya kerana DAP mempunyai sejumlah kerusi Parlimen yang besar dan mantap.

Kalau kita dengar balik perbualan talefon antara Zahid dengan Anwar baru-baru ini kita akan perasan yang si Zahid sebenarnya adalah budak suruhan Anwar kerana Zahid amat hormat dan akur kepada Anwar yang di anggap gurunya.

Lagi pun si Zahid yang gopoh dan bebal tu mana mampu menyusun strategi halus untuk menjayakan rancangan sulit berimpak besar begini.

Mungkin ada antara kita yang tanya mana mungkin UMNO mahu bekerjasama dengan DAP di mana semasa PAU 2020 mereka telah menetapkan ‘No Anwar No DAP!’

Lagi pun UMNO telah sekian lama mengasah minda orang Melayu agar menolak DAP yang dikaitkan dengan fahaman komunis dan sikap cauvanis mereka terhadap orang Melayu.

Tetapi jangan lupa ‘nothing is impossible in politics!’

Contohnya pernahkah kita terfikir suatu masa Lim Guan Eng akan duduk semeja bersama Dr.Mahathir dalam satu kabinet di zaman PH dahulu?

Zahid sendiri telah beri bayangannya semasa krisis di Perak dahulu di mana dia berkata UMNO sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak sekiranya jajaran gabungan parti terdahulu tidak dapat diteruskan.

Strategi yang akan digunakan oleh ‘Jajaran Baru’ ini agak simple.

DAP jaga undi Cina. PKR jaga undi Melayu bandar dan UMNO tarikh undi Melayu luar bandar.

Pendekatan yang akan digunakan ialah dengan mengexploitasi sentimen pengundi golongan muda.

Golongan ini tidak terikat dengan sentimen sejarah negara dan mereka bersedia mencuba sesuatu yang baru dan yang memenuhi citarasa mereka.

Mereka juga bersikap anti-establishment.

Ini lah sebabnya mengapa DAP dan PKR beria-ia desak SPR agar proses undi golongan pengundi muda ini disegerakan untuk PRU-15 ini.

Mereka mengandaikan pengundi muda yang besar jumlahnya itu akan memihak kepada mereka sebagai ‘Underdogs’.

Bagi DAP dia bersikap ‘Nothing To Lose’ – dia tahu Zahid dan Anwar adalah dua manusia terdesak yang sanggup buat apa sahaja dan keduanya memerlukan DAP untuk memenuhi cita-cita mereka.

DAP tak kesah berkawan dengan UMNO sebab Anthony Loke sendiri pernah berkata Mei lepas bahawa DAP sedia kerjasama dengan UMNO selepas PRU15.

Kenyataan ini disokong oleh DAP Selangor yang menegaskan DAP sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO berdasarkan prinsip perjuangan antara komponen Pakatan Harapan (PH).

Buat masa ini LGE dikatakan sedang berusaha untuk menjadikan DAP sebagai kerajaan semula melalui beberapa usaha kerjasama politik termasuklah bekerjasama dengan UMNO. DAP bergantung harapan sepenuhnya kepada DSAI untuk melakukannya.

Apa yang mendorong si Zahid ni bersungguh benar nak buat ‘Jajaran Baru’ ini dan menolak Kerajaan PN?

Kita tahu selain dari perangai gopohnya, Zahid juga pendendam orangnya.

Dua kali dia pergi jumpa TSMY bawa sebeban fail minta kes mahkamahnya di lepaskan.

Dua kali juga TSMY tegaskan dia tidak boleh buat begitu kerana ianya melanggar undang-undang.

Lagi pun kalau Zahid benar tidak bersalah apa yang perlu dibimbangkan.

Bertolak dari sinilah Zahid mula angkat parang nak lawan TSMY.

Jadi kita mohon bertanya kepada ahli akar umbi UMNO, yang turut menolak kerjasama dengan Kerajaan PN kerana dikatakan setia dengan arahan parti.

Kamu tahu kah mana arah Presiden parti kamu nak bawa UMNO selepas ini?

Betul kah kamu keluar PN sebab nak jadi Pembangkang bersama PH?

Kasim Che’ Pa

Shah Alam

Kolumnis