Alhamdulillah, hari ini berkesempatan melawat tiga peserta Program Pembangunan Usahawan DUN Ladang di tapak perusahaan masing-masing.
Usahawan pertama ialah Muhammad Arief Farhan, merupakan seorang anak muda yang mengusahakan tanaman halia fertigrasi tertutup di Bukit Bayas.
Lebih kurang 1,000 polybag tanaman halia ditanam dengan menggunakan medium cocopeat atau 100% sabut kelapa.
Tanaman halia menjadi pilihan beliau kerana penjagaannya tidak rumit dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
Usahawan kedua pula ialah Abdullah Tahhir merupakan tulang belakang kepada Al Awf Agro Sanctuary yang mengusahakan tanaman cendawan.
Bermula dengan 3,000 bongkah cendawan, kini beliau berjaya membina sebuah rumah cendawan baru bagi menempatkan lebih kurang 15,000 bongkah cendawan hasil daripada permintaan pasaran yang tinggi.
Pasaran produk yang disasarkan beliau dalam perusahaan cendawan ini meliputi keseluruhannya baik dari sudut jualan benih cendawan, bongkah cendawan, produk cendawan dan baja kompos.
Usahawan terakhir ialah Nor Saidatul Afzan yang merupakan pengasas Fiz Fries.
Beliau mengambil pendekatan untuk mengetengahkan makanan yang bercirikan ‘western food’ dan disesuaikan dengan selera warga tempatan.
Menu yang ditawarkan seperti Beef Strips, Meatball, Cheezy Classic dan banyak lagi berjaya memikat hati anak muda sesuai dengan harganya yang berpatutan.
Harapan saya besar sekali agar mereka dapat menjadi ikon yang bakal menjadi contoh usahawan terbaik sekaligus berbakti kembali kepada DUN Ladang.
InsyaAllah..
Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar