Ketepikan sebentar soal tuduhan Ikhwanul Muslimin adalah pengganas kerana labelan tersebut memang sejak jaman berjaman.
Ketepikan dahulu tertuduh yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas pelbagai dakwaan khianat.
Kita tak perlu masuk campur dalam urusan dalam negara luar.
Namun saya pun pernah duduk di Mesir, begitu juga Azhariyyin lain.
Sepanjang saya bermuamalah dengan orang-orang Mesir yang “dikenalpasti” Ikhwanul Muslimin (sebenarnya orang IM tidak mudah mendedahkan identiti IM mereka), didapati akhlak mereka sangat baik, sangat beradab dan lemah lembut.
Sangat berbeza dengan watak keras, kasar dan “bangang poyo” orang Mesir biasa.
Mereka akan perkenalkan nama mereka dan menolong kita tanpa mengharapkan balasan.
Jika orang Mesir biasa, bakhsis adalah darah daging.
Sembang pasai kehebatan Mesir memang mereka paling hebat segala-galanya.
Orang IM masih ada sifat malu bercakap angkuh.
Tapi rakan-rakan IM berbeza dengan karekter dan personaliti jemaah lain.
Tidak mudah seperti pro Salafiyyah yang berjanggut tebal dan sering mentakfirkan Jamal Abdul Nasir dan Anwar Saadat.
Orang IM tidak pernah berkata kufur, syirik dan sesat pada orang lain.
Dalam satu perjumpaan tertutup (wp di sana waktu tu dikawal undang-undang darurat), sangat ingat sampai sekarang, wakil IM berkata jika IM berhadapan kemenangan 99% dengan 100%, IM akan pilih kemenangan 100%.
Walaupun orang-orang IM ada dalam pelbagai kementerian Mesir, mereka sesekali tidak akan melakukan revolusi, pembunuhan, peperangan kerana itu bukan uslub dakwah yang betul seperti didikan Shaikh Hasan al-Banna.
IM tidak akan terlibat menumpahkan darah umat Islam seperti kumpulan Jamaah al-Tauhid wa al-Takfir, Salafiyyah yang mengamalkan dakwah harbiyyah terhadap kekejaman kerajaan Mubaarak (Apa, korang ingat Mubaarak tu Amirul Mukminin sangat kah?).
Sehingga semua orang (termasuk saya) merasakan tiada makna menyertai IM jika tidak bercita-cita merampas kuasa.
Wakil IM menjawab kita adalah pendakwah, bukannya pendakyah politik.
Ucapan-ucapan wakil IM tidaklah berapi-api penuh emosi sebaliknya dituturkan satu satu dengan kalam yang berhikmah.
Saya sebenarnya tidak suka membandingkan approach pengajaran para asatizah kuliah saya tetapi ada satu subjek bertajuk Manhaj al-Dakwah diajar oleh seorang pensyarah IM dari cawangan Tanta, saya terlupa namanya namun syarahannya sangat menarik dan mengesankan jiwa dgn bukunya berjudul العزة والدونية (jika tak silap).
Pensyarah-pensyarah IM jarang memaki hamun pelajar dengan kata-kata seperti يا حمار، ياكلب atau يابن حلال.
Mereka selalu guna يابني، يا اخي .
Sebab itu saya sangat pelik apabila orang-orang IM seperti ini dituduh membunuh orang, mengarahkan pembunuhan dan kekacauan awam.
Berkenaan dengan tuduhan terhadap mereka, biasalah sejak dahulu mabahis Mesir memang pandai reka tuduhan.
Sedih bila membaca kisah-kisah penderitaan orang IM dalam buku Ayyam min Hayaati (في سجون عبد الناصر)، dan buku Kisah Penjarah Liman Tarah.
Ada kawan saya yang dimasukkan dalam penjara Mesir kerana disalahtuduh menyerupai ‘irhabi’ mengesahkan teruknya keadaan dalam tahanan.
Seorang wakil Ikhwan bernama Ali Nawaitu menceritakan kepada kami yang dia dipenjara seumur hidup ketika berusia 20 tahun kerana ditangkap polis menyertai demonstrasi.
Lepas keluar penjara baru kahwin.
Teruknya kualiti udara dalam sel bawah tanah ialah apabila dibuka penutup air mineral, air dalamnya bertukar menjadi kehijauan.
Bila keluar penjara, dia tidak pernah merancangkan untuk mengebom Hosni Mubaarak pun.
Kerana itu semua dianggap sebagai cabaran dalam dakwah.
Kembali kepada soal tuduhan terhadap mereka, itulah hasil sifat tasamuh IM apabila mereka memenangi PRU Mesir dahulu.
Sepatutnya mereka “bunuh” habis dahulu firaun-firaun dan tokong dalam pentadbiran pasca Mubarak.
Namun mereka mengambil pendirian untuk berlembut seperti watak asal mereka.
Lalu diganti General Tantawi dengan Fattah al-Sisi yang kelihatan Islamik dan isterinya bertudung.
Akhirnya klon Firaun berwajah Islamik itulah yang menjatuhkan kerajaan Morsi.
Kita mengecam IM seolah-olah kelompok al-Sisi itu benar berada atas landasan Islam betul yang haram ditentang atau menentangnya dianggap pengkhianat Islam.
Islamis juga sebahagian daripada negarawan di seluruh dunia.
Bukan puak sekularis Firaunis saja layak menjadi negarawan.
Pengajaran: Jika menang PRU, jangan simpan orang-orang yang ada DNA firaun atas alasan dakwah.
Sebaliknya perlu diremoved atas alasan politik.
Saya mendapat banyak pengajaran bernilai daripada dakwah IM dalam pembinaan kerekter, pemikiran, amal jama’iyy dan ijtima’iyy.
Ohh.. cerita pasai keadilan undang-undang Mesir, melucukan.. senior-senior hujung 80’an tentu ingat kisah Arab Mesir dikenali ‘Mat Iran’ yang membunuh pelajar Malaysia di atas sutuh.
Dia tikam kepala al-marhum dengan bucu strika beberapa kali dan mendakwa pelajar itu mahu meliwatnya.
Yang kelakar ialah, tiada kesan luka pada dirinya walaupun secubit pun namun yang dituduh nak meliwat itu mati dalam keadaan kejam.
Mahkamah hanya sabitkan beberapa tahun penjara saja kerana dakwaannya “kuat”.
Itulah Mesir ya saudara.
Mat Iran ditahan kerana mencederakan seorang residen sewaktu melarikan diri.
Kerana itu kesnya berangkai kepada kes pembunuhan pelajar Malaysia.
Mesir Ummud dunya?..
مخكم تعبانين لو تفكرو كده
Dr Hapiz Kodiang