Tajuddin Dipinang PAS?

Tajuddin Dipinang PAS?

Ketika Dato Tajudin di pecat dari MKT Umno, spontan Pesuruhjaya PAS Perak, YB Hj Razman membuka laluan tawaran mewakili PAS di Pasir Salak.

Itu reaksi spontan.

Apakah PAS, semudah itu menerima Tajudin?

Sebenarnya tawaran Pesuruhjaya PAS itu bukan baru.

Walaupun beberapa reaksi pimpinan PN dilihat cuba mengelak dengan alasan tiada perbincangan, namun tawaran itu ada asasnya.

Dato Setiausaha Agung PAS lebih kehadapan dengan menawarkan Tajuddin menyertai PAS.

Ia dilihat menyambut tawaran terbuka lebih awal Hj Razman.

Tawaran kepada orang luar parti bukan baru bagi PAS.

Ketika Ku Li di pecat, PAS lah yang menawarkan persahabatan.

Ketika Ibrahim Ali terkulat-kulat mencari sokongan, PAS menawarkan kerusi Pasir Mas.

Ketika Anuar Ibrahim di pecat, Almarhum Ustaz Fadzil Nor antara orang yamg awal menziarahi.

Ahli dan sebahagian pimpinan PAS “terlompat” kerana teringatkan “jasa” Anuar yang merencatkan kebangkitan PAS dulu dengan tema penerapan nilai nilai Islam dalam kerajaan BN.

Namun akhirnya terbentuk Perikatan Nasional.

Dato Tajudin dilihat orang yang sangat komited dengan Muafakat Nasional.

Beliau adalah pimpinan umno yang di arah mengepalai usaha penyatuan itu bagi pihak umno.

Beliau mulakan penyatuan itu di bumi Pasir Salak yang sinonim dengan penyatuan dan kebangkitan bangsa Melayu.

Ternyata himpunan di Kg Gajah dan dewan beliau dalam parlimen Pasir Salak membuka himpunan negeri lain dan akhirnya di PWTC.

Aspirasi Tajudin ini konsisten hingga kini dan beliau melihat Zahid orang yang bertanggungjawab meruntuhkan penyatuan ummah MN.

Beliau sedar matlamat utama penyatuan ini ialah mengekalkan ketuanan bangsa dan agama dalam negara.

Tajudin dilihat memberi reaksi positif tawaran Hj Razman Zakaria.

Ia membuka harapan MN sedikit bersinar.

Kerana aspirasi penyatuan ummah yang di bawa Tuan Guru Presiden PAS serasi dengan perjuangan Tajudin, maka Hj Razman sebagai Pesuruhjaya PAS Perak spontan menawarkan kerusi untuk di tandingi.

Inilah politik damai dari Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang PAS lancarkan sebelum PRU 15.

Fairuz Hafiizh Othman

Kolumnis