Kita saja yang lalai.
Mereka sudah lama menggunakan senjata mahkamah.
Mereka tuntut penggunaan kalimah Allah melalui mahkamah. Mereka menang.
Di negara majoriti Kristian, Hindu dan Buddha, mereka tak ingin pun guna kalimah Allah.
Tetapi di Malaysia yang umatnya lemah dan berpecah, mereka beriya-iya mahu gunakan kalimah Allah.
Tidakkah kita menangkap agenda di sebaliknya?
Kita saja yang lalai.
Mereka gunakan mahkamah dalam isu murtad.
Mereka meminta agar kerajaan membenarkan murtad atas nama hak dan kebebasan.
Mereka bela sesiapa sahaja yang keluar Islam.
Mereka bersuara terhadap apa yang tidak bersangkut-paut dengan mereka.
Mereka sanggup menyediakan peguam demi membela sesiapa yang keluar agama.
Kita saja yang lalai.
Apabila berlaku penceraian keluarga muslim yang salah seorangnya keluar Islam, mereka berjuang pula agar hak penjagaan anak dimenangi oleh pihak yang keluar Islam.
Mereka bawa ke mahkamah sivil.
Di manakah maruah mahkamah syariah jika mahkamah sivil lebih berdarjat dan berkuasa?
Arahan dan hukum-hakam Allah kita letak di mana?
Kita saja yang lalai.
Mereka akan bangkit mengacau apa saja yang berkait dengan Islam.
Apabila ada pelanggan disaman kerana memakai pakaian menjolok mata di premis kerajaan, mereka bising dan menawarkan khidmat guaman.
Asal kita hendak laksanakan Islam, mereka tak senang.
Dipanggil harbi, barua Melayu sendiri yang akan membela si tuan.
Kita saja yang lalai.
Hari ini penceroboh tanah kerajaan menjadi pemenang.
Musang King telah ditebang tetapi tanah beratus ekar berkemungkinan menjadi milik penceroboh haram.
Rakyat tahu parti mana yang menjadi dalang.
Mereka gunakan kesempatan kerajaan campuran.
Mahkamah lagi tempat mereka meraikan kemenangan.
Kita saja yang lalai.
Berdekad-dekad mereka menentang hudud yang melibatkan umat Islam.
Dibawa pula RUU355, sekali lagi mereka bangun, bising dan campur tangan.
Mujurlah di Parlimen tak sempat dibentang.
Percayalah, mereka akan menghalang dan akhirnya ke mahkamah juga sanggup mereka usahakan.
Mereka berani kerana segelintir Melayu yang menjadi contoh dan menunjuk jalan.
Kita saja yang lalai. Mereka telah lama merancang.
Mahkamah sivil digunakan.
Peguam-peguam hebat mereka sediakan.
Kita tersungkur di tangga keadilan.
Di luar sana bangsa kita dipecahbelahkan.
Yang lebih tragis, bangsa sendiri menjadi Si Kitol, menjadi Si Buang barua petualang.
