Kehidupan Selepas Mati Itu Benar, Pembalasan Di Hari Akhirat Itu Benar

Kehidupan Selepas Mati Itu Benar, Pembalasan Di Hari Akhirat Itu Benar

Dunia 1 dimensi adalah dunia hidupnya bakteria satu sel.

Cara interaksi dengan dunia sekelilingnya adalah melalui tindakbalas kimia.

Nak makan minum pakai tindakbalas kimia menyerap nutrein daripada luar masuk ke dalam sel.

Makhluk dalam dimensi ini hanya dapat mengesan kehidupan sesama sendiri sahaja, tidak akan ‘nampak’ makhluk dalam dimensi yang lebih tinggi.

Dari sudut kita sebagai manusia, ketika alam ruh, jasad kita masih dalam dimensi ini – dalam bentuk sperma – satu sel.

Dunia 2 dimensi pula adalah dunia hidupan yang lebih besar dan luas cangkupan derianya.

Hidupnya mikro organisme yang lebih dari satu sel, bentuknya ada ciri-ciri khusus untuk berinteraksi dengan alam sekeliling.

Cara interaksinya adalah melalui perubahan bentuk fizikal dan tindakbalas kimia.

Hidupan di sini boleh nampak dan berinteraksi dengan makhluk dimensi 1, tetapi tidak pernah tahu adanya kehidupan dalam dimensi 3.

Bagi makhluk dimensi 2 ini, dimensi 3 adalah alam ghaib kepadanya.

Dari sudut kita manusia, kita telah membentuk embrio sehingga fetus – kita hidup dalam alam rahim 2 dimensi.

Kita berinteraksi dengan dunia dalam rahim ibu secara fizikal yang minimum, selebihnya adalah tindakbalas kimia.

Dunia 3 dimensi pula adalah dunia hidupan yang lebih kompleks sehingga ada yang ultra-kompleks.

Hidupan-hidupan dalam dunia 3 dimensi rata-rata mempunyai gabungan sistem-sistem biologi yang kompleks untuk berintraksi dengan alam, mempunyai struktur fizikal yang pelbagai, mempunyai deria-deria yang sesuai untuk aktiviti kehidupan dalam dunia yang luas.

Di sinilah kita manusia diberi tanggungan tugas berat memikul amanah Tuhan menjadi khalifah di muka bumi dan menjadi hamba-Nya yang sentiasa taat.

Seperti halnya hidupan dimensi 1 tidak tahu kewujudan dimensi 2, dan makhluk dimensi 2 tidak tahu akan kewujudan dimensi 3 – maka kita dalam dimensi 3 juga tidak sekali-kali tahu adanya dimensi 4.

Dunia dimensi 4 adalah dunia ghaib bagi kita yang hidup dalam dimensi 3, 2 dan 1.

Kita tidak akan dapat melihat apa-apa yang ada dalam dimensi 4, melainkan setelah kita berpindah dari dimensi 3 ke dimensi 4 – sebagaimana kita berpindah dari dimensi 2 alam rahim ke alam dunia 3 dimensi yang istilahnya disebut kelahiran.

Manakala perpindahan kita ke dimensi 4 disebut dengan istilah kematian.

Disebabkan Tuhan menjanjikan dunia 3 dimensi adalah tempat kita beramal dan diberikan tanggungjawab besar yang akan dibalas segala perbuatan kita setelah kita ke dimensi 4 atau 5 atau 6 atau lain-lain… maka Tuhan tidak membiarkan kita terus buta daripada mengetahui akan adanya kehidupan setelah mati.

Maka Tuhan mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk menceritakan perihal kewujudan alam selepas mati dan hari pembalasan segala amal perbuatan semasa di dunia.

Hanya orang-orang yang mempercayai Allah dan Rasul, akan perchaya wujudnya hari akhirat, hari pembalasan.

Manakala orang-orang yang tidak beriman, mereka seperti fetus-fetus dalam rahim dimensi 2 yang tidak pernah terfikir akan dipindahkan masuk ke dimensi 3.

Sungguh! Orang-orang yang tidak beriman hanya melihat kematian adalah pengakhiran kepada kehidupan.

Mereka tidak ada sumber untuk mengtahui tentang wujudnya dimensi lain yang ghaib – sehinggalah mereka sendiri dipindah paksa masuk ke dimensi ghaib tersebut.

Ketika itu, mereka juga menjadi ghaib daripada pandangan manusia di dunia.

Albert Enstein pernah mengemukan teori bahawa makhluk dalam dimensi yang lebih tinggi akan dapat melihat makhluk dalam dimensi yang lebih rendah, tetapi makhluk dalam dimensi yang lebih rendah tidak akan dapat melihat sesuatu dalam dimensi yang lebih tinggi.

Setelah mati, kita manusia akan berpindah ke dimensi yang lebih tinggi.

Ketika itu kita akan nampak setiap makhluk yang ada dalam dimensi 4 tersebut – mungkin roh-roh orang yang telah mati sebelum kita, mungkin nampak jin atau iblis, atau nampak para malaikat – terutama malaikat Maut, Munkar dan Nakir – yang mana orang dunia tidak akan mempercayainya – melainkan orang-orang yang beriman.

Begitu juga makhluk alam dimensi 4 tidak akan dapat nampak alam dimensi 5, dan seterusnya.

Tidak pelik jika ada kalangan Jin tidak nampak para malaikat.

Tetapi para malaikat nampak semua Jin dan Manusia – kerana dimensi malaikat lebih tinggi.

Dan semua dimensi dan universe yang ada adalah makhluk ciptaan Allah.

Pastinya kewujudan Allah tidak memerlukan dimensi, dimensilah yang memerlukan Allah.

Maka tidak pelik jika para malaikat juga tidak dapat melihat zat Allah azzawajalla tanpa izin-Nya.

Wallahu a’lam

p/s: Teori ini tidak meletakkan masa (t) sebagai dimensi ke 4. Masa adalah dimensi khusus yang integrated dengan dimensi 3.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis