Orang Kafir Boleh Percaya Kepada “Ong”, Tetapi Bukan Kami, Akidah Kita Tidak Sama

Orang Kafir Boleh Percaya Kepada “Ong”, Tetapi Bukan Kami, Akidah Kita Tidak Sama

Jangan sesatkan umat Islam dengan istilah “ong”, bahaya tu Menteri.

Jangan mempermainkan umat Islam dengan istilah “ong”.

Kamu boleh percaya kepada “ong” sebab kamu orang kafir.

Tetapi tidak kepada kami, sebagai orang Islam.

Orang Melayu yang tidak faham, mungkin melihat istilah “ong” ini sebagai bahan jenaka, tetapi bukan saya.

Malah ikut hati, mahu sahaja buat laporan polis ke atas penghinaan ini.

Kepada orang Melayu yang tidak faham makna istilah “ong”, biar saya jelaskan, supaya tidak membawa kita kepada syirik, kerana dalam Islam, kita tidak percaya kepada “ong’ atau tidak “ong”.

Ada tempat keramat, ada tidak keramat, ada tempat baik, ada tempat sial.

Jangan keliru dengan pemimpin yang cuba merosakkan akidah kita sebagai orang Islam.

Istilah “ong” dalam bahasa Cina Hokiien membawa makna ada keramat.

Selalu dikaitkan dengan untung nasib baik dan buruk.

Lawan kepada ong adalah sial.

Ada sesuatu (tempat) yang baik atau tempat sial.

Jika “ong” itu dirujuk kepada manusia, bermakna, ada orang membawa kebaikan (ong) ada orang membawa sial.

Jika main nombor ekor, tikam dan kena, itu ada “ong”.

Jika tidak, tidak ada “ong”, bermakna, siallah.

Kalau tempat itu membawa kepada kena tikam nombor ekor, itu ada ong.

Tidak mustahil tempat itu akan menjadi sembahannya atau diletakkan berhala di situ.

Begitulah beratnya istilah “ong”.

Justeru, berhati-hati menggunakan istilah “ong” ini.

Ia adalah istilah syirik.

Ong juga dikaitkan dengan “fong shui”, positif dan negatif, baik dan buruk.

Sebab itu, apabila mahu buat (beli) rumah umpamanya, mereka akan lihat sama ada tempat atau rumah tersebut boleh membawa “ong” atau tidak.

Mereka tidak akan beli rumah berhadapan dengan simpang tiga, kerana dianggap sebagai tidak “ong” atau sial.

Kita sebagai seorang Islam, tidak percaya kepada semua itu.

Menteri yang bercakap seperti ini sepatutnya meminta maaf kepada umat Islam kerana ia boleh membawa kepada syirik jika umat Islam mempercayainya.

Bagi orang kafir (Cina), istilah ong baik mereka, tetapi tidak kepada orang Islam, kerana ia boleh membawa kepada syirik jika tidak difahami dengan betul.

Sebab itu, sebagai pemimpin, berhatilah menggunakan istilah sebegini, lebih-lebih jika tinggal di negara majoriti Islam.

Takkan masih tidak faham, sensitiviti umat Islam, setelah sekian lama merdeka, seperti yang berlaku dalam isu kalimah Allah di stokin .

Jika difahami dengan betul-betul ucapan Menteri tersebut yang memberi peruntukan kepada kawasan Kuala Kubu Baru, pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi, ia membawa makna ada kawasan (DUN atau parlimen) baik atau kawasan tidak baik atau sial.

Apakah Menteri itu tidak faham semua ini.

Saya nak sebutkan di sini, “ong” kepala bapak kau.

Tidak ada ong dalam Islam, syirik.

Apakah itu bermakna kawasan atau tempat lain tidak ada ong.

Selepas ini, rakyat bolehlah berdoa supaya wakil rakyatnya mati cepat, supaya ong sampai ke kawasannya, apabila wakil rakyatnya mati.

Ternyata kata-kata Menteri ini makan tuan, suka wakil rakyat matinya, supaya dapat ong, dapat peruntukan.

Ternyata, politik ultra kiasu ini, sangat takut kepada kekalahan.

Mereka takut akan kalah di kawasan (DUN) yang dimenanginya.

Untuk mempertahankannya, disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya, tiba-tiba semua program bertumpu ke situ.

Rumah terbuka hari raya menjadi meriah di situ, peruntukan demi peruntukan datang mencurah.

Sebelumnya, tidak langsung kedengaran peruntukan khas diberikan kepada kawasan DUN Kuala Kubu Baru.

Semua peruntukan menggunakan duit rakyat secara keseluruhan, bukan untuk kawasan tertentu.

Sedangkan kita semua tahu, peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang sehingga kini masih lagi tidak diberikan.

Kawasan pembangkang dianaktirikan, agar dapat menyekat pengaruh mereka terhadap rakyat.

Apakah hanya wakil rakyat atau ahli parlimen kerajaan sahaja yang ada “ong”, pembangkang tidak ada “ong”.

Justeru, sempena PRK DUN KKB ini, sepatutnya membuka mata kepada rakyat dalam memilih siapakah pemimpin yang patut dipilih menjadi wakil rakyat.

Dahulu, Menteri atau pemimpin sebeginilah, yang begitu marah, apabila kerajaan ketika itu, yang memerintah, memberikan peruntukan khas yang datang mencurah-curah apabila datangnya pilihan raya atau pilihan raya kecil.

Hari ini, apabila mereka memerintah, mereka jilat balik apa yang telah dimuntahkan.

Mereka gula-gulakan rakyat dengan semua peruntukan ini dengan istilah kawasan ini ada “ong”.

Selepas ini kita pakat-pakat berdoa supaya semua wakil rakyat mati cepat, terutamanya wakil rakyat kerajaan, supaya kawasan tersebut dapat “ong”, dapat peruntukan demi peruntukan.

Kita harapkan Menteri yang bercakap tersebut juga cepat mati, supaya kawasannya dapat “ong”, dapat peruntukan.

Sudah tentu sebagai umat Islam, kita tidak akan melakukannya, kerana kita tidak diajarkan dengan adab atau istilah biadab seperti itu.

Sama seperti tindakan menghina agama lain.

Islam tidak pernah mengajar kita menghina agama lain.

Persoalannya, kenapa orang lain begitu tegar menghina agama kita, seperti yang terjadi sebelum ini?

Contoh, isu kalimah Allah di stokin, isu mahu menjadi penel penasihat syariah dan banyak lagi.

Ingatan saya kepada ultra kiasu bukan Islam, kamu tidak boleh menyamakan agama kamu atau istilah ong yang kamu gunakan untuk aplikasi kepada kehidupan umat Islam. Kita berbeza.

Kamu dengan agama kamu, istilah “ong” yang kamu mahu gunakan. Kami dengan agama kami.

Jika kamu faham, kamu tidak akan cuba melakukannyaa, atau menggunakan istilah “ong” tersebut.

Namun, teramat malang apabila kamu tidak faham semua sensitiviti ini atau sengaja test market untuk menguji kami.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis