Meskipun keletihan setelah selama seminggu dalam kembara dakwah dan korban di kawasan pergunungan Chappa dan Mong Kae Lang, wilayah Chiangrai, Thailand, bersempadan dengan Myanmar, Laos dan China, saya memaksa diri untuk hadir dalam Sidang Meja Bulat (RTD) semalam, anjuran Gabungan Nasionalis, di Kuala Lumpur, mengenai isu-isu semasa berkaitan Melayu dan Islam, hari ini.
Dalam kata lain, gabungan ini mahu menegakkan ‘ketuanan’ Melayu Islam sebagai asas hidup bernegara.
Isu berkaitan dengan kedaulatan Melayu Islam dipecahkan kepada beberapa bahagian pendidikan, ekonomi, sejarah dan sosiobudaya, kedaulatan Melayu, rezab Melayu dan sebagainya.
Persoalan berligar di sekitar bagaimana untuk menaikkan darjat Melayu di bumi Melayu.
Saya sampai agak kelewatan sedikit, ketika RTD sedang berjalan.
Saya tidak terasa ingin bercakap memandangkan, semua jemputan mahu bercakap.
Ada yang diberi peluang bercakap lebih dari empat kali.
Saya mengambil pendekatan berdiam diri.
Paling menyedihkan, apabila ada yang bercakap, perlunya, orang Melayu Islam mengikut narratif DAP.
Kejayaan DAP sebagai pembangkang sehinggalah memegang tampok pemerintah.
Bagaimana kelicikan DAP memporakperandakan politik Malaysia, sehingga dalam menguasai Kerajaan dan memecahbelahkan orang Melayu?
Nama parti DAP terus dipetik beberapa kali dalam RTD tersebut, seolah-olah kita menyalah DAP dan segelintir ultra kiasu Cina atas sebab kegagalan Melayu (Islam).
Persoalannya, kenapa hanya memetik parti politik DAP? MCA dan Gerakan, baik sangatkah?
Adakah DAP ini sahaja yang kelihatan terlalu buruk?
Parti politik perkauman lain bagaimana pula?
DAP nampak begitu kuat hari ini, disebabkan orang Cina bersatu, kita berpecah.
Jika tidak, DAP tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan selain dari sikap ultra kiasu.
Kita yang ramai, menjadi majoriti, sepatutnya nampak kuat, lebih-lebih lagi kita beragama Islam, Islam sepatutnya menyatukan kita semua.
Tetapi malangnya kita nampak sangat lemah disebabkan oleh kita terlalu banyak berpecah, meskipun bilangan kita ramai.
Apa nak jadi dengan kita semua ini? Sampai bila kita mampu bertahan?
Dalam RTD tersebut, beberapa orang cendekiawan bercakap bertapa perlunya kita mengikut naratif DAP.
Kita mahu menyatukan Melayu Islam mengikut naratif DAP. Ini tidak betul.
Kita sepatutnya mengambil pengajaran masa lalu atau mengikut atau mencipta naratif sendiri, tanpa perlu melihat DAP.
Cuma jadikan naratif DAP sebagai pengajaran.
Kita ada naratif sendiri, apa kurangnya naratif Melayu Islam, yang telah berjaya memansuhkan Malayan Union?
Naratif Melayu Islam jauh lebih hebat merujuk kepada sejarah masa lalu, jika kita merasakan naratif masa lalu itu penting untuk dijadikan panduan.
Inilah yang mahu saya sampaikan tetapi tidak ada peluang.
Malangnya, saya tidak dapat peluang itu, kerana terlalu ramai yang mahu bercakap daripada perspektif Melayu atau naratif Melayu, seolah-olah kita syok sendiri.
Saya cukup hairan bagaimana kita gagal untuk memahami budaya politik Cina, dalam menilai ‘kegagalan’ Melayu.
Bagaimana rukun politik Cina menyatukan Cina.
Kenapa orang Cina berjaya di bumi bukan miliknya atau kejayaan Cina Seberang laut, negara yang dihijrahinya sehingga menjadi warganegara, terutama Malaysia?
Jawapan mudah, seperti yang selalu saya petik.
Cina Malaysia berpegang kepada empat rukun politiknya untuk berjaya, mengutamakanya bangsa Cina dengan mempertahankan Pendidikan Cina, bahasa Cina, NGO Cina, Media Cina dan ekonomi Cina.
Ekonomi Cina menjadi tulang belakang untuk tiga perkara lain itu bergerak dan bertindak pantas.
Persoalannya, kita adalah kekuatan itu?
Sebenarnya, kita tidak perlulah naratif yang begitu banyak, cukup Islam menjadi panduan.
Inilah kekuatan Melayu Islam selama ini.
Kejayaan memansuhkan Malayan Union bersumberkan kekuatan ini.
Ini yang patut dijadikan iktibar, bukannya menyalahi DAP.
Itu memang kerja dia sejak dahulu. Begitu juga dengan MCA dan Gerakan.
Sebab itulah kita dapat lihat semua parti politik Cina dan NGO Cina bergabung sehati sejiwa apabila bercakap soal bangsa, Pendidikan, bahasa, melalui kekuatan media dan ekonomi mereka.
Kenapa bangsa ini boleh hidup mewah di bumi yang bukan menjadi milik asalnya, adalah dengan empat rukun politik ini.
Kenapa orang Melayu tidak mahu mengambil iktibar apabila hak dan hak milik mereka diambil?
Cina telah berjaya menjinak orang Melayu dengan wang ringgit dan ekonomi yang dimiliki, bermula dari pembesarnya, Menteri, wakil rakyat, sehingga berjaya ‘membeli’ agensi Kerajaan terutama PBT yang menjaga hal ehwal berkaitan tanah dan agensi yang menjaga bahasa.
Contoh, terdaulatkah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan?
Kita tidak memerlukan naratif seperti DAP, cukuplah dengan melakukan muhasabah diri dan menjadikan Islam sebagai panduan.
Saya amat yakin jika Islam dijadikan sebagai asas, kita akan berjaya.
Bersatu demi Islam, berjaya berasaskan Islam.
Pendek kata, jangan lari dari Islam.
Rangkalah strategi dan naratif berasaskan Islam, pasti kita akan berjaya.
Persoalannya, sejauhmana kita yakin dengan Islam yang menjadi anutan, pegangan dan panduan?
Mohd Ridhuan Tee Abdullah