Islam tidak perlu meminjam istilah bebas seperti liberal, progresif dan sebagainya sehingga mengubah prinsip dan rukun serta menunjukkan ia terpengaruh dengan semua itu dan seperti tidak mempunyai akal.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kerana terpengaruh itulah menyebabkan ada sebahagian yang keluar daripada PAS, sedangkan di dalam al-Quran, Allah telah memberi amaran berkaitan penyelewengan terhadap prinsip agama.
Menurut beliau, terdapat kitab yang menerangkan mengenai usaha memecahkan agama ini termasuk dengan meminjam istilah-istilah bukan Islam ke dalam pelbagai aspek, sedangkan Islam menunjukkan kepada lebih baik.
“Dalam aspek politik, Islam menegaskan kewajipan berkuasa adil dan menyeru Islam dengan menerima konsep Khilafah, republik dan raja berpelembagaan yang mendaulatkan Islam dan Allah serta berteraskan iman,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Liberal: Cabaran Gerakan Islam’ dihadapan kira-kira 3,000 peserta pada program Liqa’ Fikri PAS Pusat yang di sini hari ini.
Menurut beliau, banyak kefahaman-kefahaman atau ideologi yang ditimbulkan manusia pada zaman ini di mana boleh merosakkan pegangan manusia dalam banyak cara secara mengelirukan, termasuk melahirkan simpati untuk tidak bersama jemaah Islam.
“Antaranya ialah ajaran secara mencampur adukkan antara satu sama lain seperti yang mengambil cara baru daripada campuran yang pelbagai,” ujar beliau dalam mengenalkan pendekatan-pendekatan Islam Liberal.
Hinggakan terangnya, perkara-perkara sedemikian diheret masuk dan mempengaruhi juga aspek lain termasuk ke atas politik, ekonomi dan lain-lain, oleh itu menuntut setiap ahli PAS berpegang kuat dengan Islam dan syariah yang sempurna.
Menyentuh hubungan dengan parti lain, beliau menegaskan perkara penting adalah memastikan konsep Islam memimpin dan bukannya Islam yang dipimpin serta sedar wujud pelbagai godaan di jalan siasah untuk lari daripada mengikut hukum Allah.
Tuan Guru menasihatkan semua agar memelihara diri daripada cabaran idealogi yang cuba mengelirukan dengan memiliki ilmu dan mentadbir diri dalam lapangan perjuangan serta mesti berperanan untuk menyegarkan umat Islam agar ada jati diri berasaskan Islam.
“Menyedarkan masyarakat terhadap bahaya serangan pemikiran yang merosakkan jati diri seorang Muslim, memberi kesan liberal yang menjadikan sebahagian orang Islam hilang identiti beragama,” ujarnya.
Beliau juga menekankan pentingnya memperkasakan program pembinaan keluarga di samping memainkan peranan utama dalam isu wanita dan keluarga berasaskan Islam, manakala pemuda-pemuda menggerakkan kepentingan pendidikan politik.
Serunya, Ahli PAS perlu memperkenalkan Islam secara holistik serta kepentingannya menyelamatkan diri, keluarga dan kehidupan sosial masyarakat, selain membuka pintu kepada orang bukan-Islam untuk memperkenalkan Islam.
Juga ajaknya, mesti sentiasa berusaha melakukan usaha mencegah kemungkaran selain mengetahui dengan terperinci yang boleh dilakukan menerusi kajian terhadap perkembangan berkaitan pertembungan iman dan kufur.