Pengumuman barisan anggota Kabinet (Menteri) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke-10.
Ini komen awal saya.
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Anwar umumkan perlantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri. Memang Anwar sedang tersepit untuk kekalkan kuasa, di mana ‘nyawa’nya ada pada Zahid.
‘Jasa’ Zahid kali ini bukan biasa-biasa, maka beliau mesti diberikan kedudukan dan penghormatan tertinggi oleh Anwar.
Iaitu jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Apa yang paling pasti, imej berintegriti dan bebas rasuah yang dicanang-canang oleh PH selama ini sudah teruk tercalar.
Prinsip ini bolehlah dibakulsampahkan sahaja.
Anwar dan PH tidak lagi layak bercakap (atau menyanyi) mengenai integriti dan ‘good governance’.
Malah, ramai penyokong mereka pun difahamkan sudah ‘pening’ nak ‘back-up’ apa.
Barangkali sebab itulah apabila PM guna istilah yang di luar kebiasaan seperti ‘cerakin’ dalam ucapan pun boleh jadi ‘pencapaian’ yang dibangga-banggakan.
Sekaligus, ini menjadi satu penipuan atau scam politik yang terbesar dalam sejarah negara.
Politik “matlamat menghalalkan cara” kali ini sudah ada pada ‘next level’ dan pastinya akan ada lebih banyak selepas ini.
Inilah bibit-bibit yang kita lihat bakal membuatkan kerajaan akan terumbang-ambing dalam memacu pentadbiran negara terutamanya dengan pasukan kabinet ini.
Harapan rakyat untuk melihat perubahan akhirnya berkecai dan pastinya lambat laun masyarakat antarabangsa akan menyertawakan kita.
Berjuang berpuluh-puluh tahun kononnya untuk banteras korupsi, akhirnya yang korup juga dijulang setinggi-tingginya dengan takhta kepimpinan negara.
Mana maruah Anwar?
Selepas ini, ramai jangkakan kemungkinan besar segala kes kluster mahkamah akan disucikan.
Maka dengan itu, sempurnalah ‘grand design’ skandal, scam dan penipuan politik negara.
Persoalan yang paling penting ialah, apa yang rakyat dapat?
Kita seolah-olah hanya mengulang-ulang ‘pementasan drama’ yang sama selama 5 tahun lagi.
Semuanya hanya lagak aksi lakonan belaka.
Rakyat selaku penonton bersorak-sorak hanya untuk hiburan diri.
Apakah negara akan berjaya bergerak ke hadapan jika kepimpinan negara hanya seperti ‘pementasan drama’ sahaja?
Saya rasa tidak, malah negara akan mengundur ke belakang 10 tapak lagi. Lagi dan lagi.
Aminuddin Yahaya