PN buat apa 33 bulan mentadbir?
Ekonomi merundum teruk ketika 33 bulan?
Sanusi pun tak bunyi nak claim Pulau Pinang semasa 33 bulan?
Rakyat menderita hilang pekerjaan, mati beribu, bunuh diri, stress dan sebagainya.
Fasa pandemik, kita berdepan PKP, semua sektor ekonomi ditutup sepenuhnya.
Bukan negara kita saja.
Seluruh dunia tutup.
Tak comparable nak bandingkan dengan waktu sekarang yang sudah bebas pandemik, sektor ekonomi dibuka luas.
Tatakelola hari ini perlu dibandingkan dengan tatakelola zaman 22 bulan PM7 dan 9 tahun tatakelola PM6.
Zaman 33 bulan PN tidak pernah negara kita dan dunia lalui dalam masa 100 tahun.
Tiada guideline, tiada rujukan, tiada SOP.
Semuanya perlu dikaji dan di-execute segera, di buat SOP segera untuk negara menghadapi pandemik global seperti itu.
Segala fokus, buah fikiran, kepakaran terpaksa digembeling untuk merumuskan formula dan SOP khusus bagi menyelamatkan nyawa rakyat, survival ekonomi rakyat, survival dan sektor ekonomi negara secara serentak.
Budak-budak walanon mudah-mudah saja tanya 33 bulan buat apa?
Tempoh 33 bulan kita mendepani 3 krisis besar serentak.
Krisis kesihatan (covid19), krisis ekonomi (PKP) dan krisis politik (pasca-Sheraton).
Kita tidak mampu hadapi semuanya serentak, maka satu krisis terpaksa di KIV – yakni krisis politik di KIV dengan cara pengisytiharan darurat.
Fokus kepada dua krisis besar – kesihatan dan ekonomi.
Kerajaan sebelum 33 bulan dan selepas 33 bulan tidak pernah hadap kesukaran tersebut.
Dalam keadaan kita sudah bebas daripada krisis kesihatan dan krisis politik, kerajaan Madani hanya perlu fokus kepada krisis ekonomi sahaja.
Kita sudah ada pakar formula dan menteri keewangan terbaik Asia dalam pentadbiran kerajaan.
Lalu apakah halangan besar yang masih ada untuk ekonomi kita terus meluncur maju ke hadapan?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


