Kalau perwakilan PAS faham ucapan perwakilan sebagaimana pembenci PAS faham, dah lama perwakilan PAS pakat bunuh orang.
Perwakilan PAS yang hadir muktamar tu OK saja, faham maksud sebenar perbahasan dan tidak pernah ada seruan untuk bunuh orang.
Tak pernah ada khulasah ataupun ucapan yang ajak bunuh orang.
Mujurlah orang yang faham sebagaimana pembenci PAS faham, tidak berada dalam sistem wala’ PAS.
Kalau ada, spesis itu laa yang akan bunuh orang kerana faham secara ekstrim.
Spesis pembenci PAS nilah sebenarnya yang faham merapu dan faham ekstrim, kemudian berusaha buat karangan untuk salahkan PAS.
PAS ada kurang lebih sejuta ahli.
Kalau 1% ahli faham ia sebagai doktrin membunuh orang, PAS dah ada 10,000 orang yang akan menggerakkan idea bunuh orang.
Sepuluh ribu orang tu dah boleh bentuk 200 cawangan (jika satu cawangan 50 orang).
Dua ratus cawangan akan mempromosi pembunuhan dan keganasan, mau polis dan unit anti-keganasan PDRM cekup lama dah.
PAS diharamkan terus lama dah.
Zaman UMNO/BN bergaduh dengan PAS, sampai berlaku peristiwa Memali bagai, isu Amanat Haji Hadi, isu al-Maunah dan sebagainya, PAS dituduh mempromosi keganasan.
Tapi tak ada pun dalam senarai sebagaimana LTTE.
Tak ada rekod untuk kerajaan UMNO/BN untuk haramkan PAS.
Tetiba dengan ucapan perwakilan PAS yang sengaja difaham secara ekstrim oleh spesis pembenci, PAS nak dilabel sebagai parti pengganas.
Tapi kritikan begitu sebenarnya bagus juga.
Supaya PAS dan pemimpin PAS sedar, kena hati-hati dalam ucapan, kena ada check and balance.
Bukan semua kritikan musuh kena abai.
Ada yang boleh dijadikan brake untuk elak terbabas.
Selagimana PAS diurus oleh manusia, tidak akan lari daripada kesilapan.
Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
p/s: Saya tak scrutinize mendalam mengenai ucapan perwakilan PAS. Saya hanya optimis tak ada apa yang serius pun dalam ucapan tersebut. Yang duk bersungguh pulun kilas nak bagi nampak PAS ni ganas dan jahat, tentulah daripada haters. Haters will always hate, biasa lah.