Majlis Keselamatan Negara Tertinggi mengeluarkan kenyataan berhubung penerimaan Amerika Syarikat terhadap syarat-syarat Iran untuk menamatkan perang.
Teks penuh kenyataan adalah seperti berikut:
Musuh telah mengalami kekalahan yang tidak dapat dinafikan, bersejarah dan menghancurkan dalam perang pengecut, haram dan jenayah terhadap bangsa Iran.
Dengan berkat darah suci dan tidak berdosa Pemimpin Revolusi Islam, asy-Syahid Ayatollah Imam Seyed Ali Khamenei (semoga di Rahmati Allah ke atasnya), langkah-langkah Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Iran, Ayatollah Seyed Mojtaba Khamenei (semoga Allah melindunginya), perjuangan dan keberanian para pejuang Islam di medan tempur, serta khususnya kehadiran epik dan bersejarah rakyat yang dikasihi sejak hari-hari awal perang, Iran telah mencapai kemenangan besar dan memaksa penjenayah Amerika menerima pelan 10 perkara, yang mana Amerika Syarikat secara prinsipnya berjanji untuk:
- Menjamin tiada pencerobohan
- Mengekalkan kawalan Iran ke atas Selat Hormuz
- Menerima pengayaan uranium
- Menarik balik semua sekatan utama dan sekunder
- Menamatkan semua resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Lembaga Gabenor IAEA
- Membayar pampasan kepada Iran
- Mengundurkan tentera tempur Amerika dari rantau ini
- Menghentikan perang di semua medan termasuk terhadap mujahiddin Islam di Lubnan
Kami mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Iran atas kemenangan ini dan menegaskan bahawa sehingga butiran kemenangan ini dimuktamadkan, masih diperlukan ketabahan dan kebijaksanaan pihak berkuasa serta mengekalkan perpaduan rakyat Iran.
Republik Islam Iran, bersama para mujahiddin yang berani di Lubnan, Iraq, Yaman dan Palestin yang dijajah, telah memberikan pukulan kepada musuh dalam tempoh 40 hari yang tidak akan dilupakan dalam sejarah dunia.
Iran dan Paksi Mujahiddin, sebagai wakil maruah dan kemanusiaan menentang musuh paling zalim, telah memberi pengajaran yang tidak dapat dilupakan selepas pertempuran bersejarah, serta menghancurkan kekuatan, kemudahan, infrastruktur serta keupayaan politik, ekonomi, teknologi dan ketenteraan musuh sehingga mereka kini berputus asa dan terpaksa tunduk kepada kehendak bangsa Iran dan Paksi Mujahiddin.
Pada hari pertama perang ini dimulakan oleh musuh, mereka menyangka akan mencapai dominasi ketenteraan sepenuhnya dalam masa singkat dan menjatuhkan Iran melalui ketidakstabilan politik dan sosial.
Mereka juga menyangka serangan peluru berpandu dan dron Iran akan cepat melemah dan tidak percaya Iran mampu memberi tindak balas kuat merentas sempadan dan seluruh rantau.
Zionisme global yang jahat telah meyakinkan Presiden Amerika yang tidak bijaksana bahawa perang ini akan menamatkan Iran.
Mereka bercita-cita memecahbelahkan Iran, merompak kekayaan dan minyaknya, serta meninggalkan rakyat Iran dalam kekacauan untuk jangka panjang.
Namun, para pejuang Islam dan sekutu mereka dalam Paksi Mujahiddin, walaupun berdukacita atas syahidnya Imam mereka, telah bertawakal kepada Allah SWT dan bertekad memberi pengajaran sejarah kepada musuh, membalas kejahatan mereka, serta memastikan musuh tidak lagi berani mencetuskan pencerobohan terhadap Iran.
Dengan strategi ini dan berasaskan perpaduan politik serta sosial yang belum pernah berlaku, Iran dan Paksi Mujahiddin telah melancarkan salah satu pertempuran gabungan paling berat dalam sejarah melawan Amerika dan rejim Zionis dan mereka berjaya mencapai semua objektif yang dirancang.
Iran dan Paksi Mujahiddin hampir memusnahkan sepenuhnya kekuatan ketenteraan Amerika di rantau ini, menghancurkan infrastruktur musuh, menyebabkan kerugian besar kepada tentera Amerika, serta memberikan pukulan hebat ke atas sasaran di wilayah yang dijajah, sehingga musuh gagal mencapai matlamat utama mereka.
Dalam tempoh kira-kira 10 hari, musuh menyedari bahawa mereka tidak mampu menang dan mula memohon gencatan senjata melalui pelbagai saluran.
Rakyat Iran harus mengetahui bahawa selama lebih sebulan, musuh telah merayu untuk menghentikan serangan Iran, namun pihak berkuasa negara menolak semua permintaan tersebut kerana matlamat perang belum tercapai sepenuhnya.
Kini, kami membawa khabar gembira bahawa hampir semua objektif perang telah dicapai dan musuh telah mengalami kekecewaan bersejarah.
Iran akan meneruskan perjuangan sehingga pencapaian ini diperkukuh dan keseimbangan politik serta keselamatan baharu diwujudkan di rantau ini.
Sehubungan itu, berdasarkan nasihat Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, serta kelebihan Iran di medan perang dan ketidakmampuan musuh melaksanakan ancaman mereka, diputuskan untuk mengadakan rundingan di Islamabad bagi memuktamadkan butiran dalam tempoh maksimum 15 hari.
Iran telah merangka pelan 10 perkara yang menegaskan:
- Kawalan laluan Selat Hormuz di bawah penyelarasan tentera Iran
- Penamatan semua peperangan terhadap Paksi Mujahiddin
- Pengunduran tentera Amerika dari rantau ini
- Protokol keselamatan transit di Selat Hormuz yang menjamin dominasi Iran
- Pembayaran penuh pampasan
- Penarikan semua sekatan dan resolusi antarabangsa
- Pembebasan semua aset Iran yang dibekukan
- Pengesahan semua perkara ini melalui resolusi mengikat Majlis Keselamatan PBB
Perdana Menteri Pakistan telah memaklumkan bahawa pihak Amerika telah menerima prinsip-prinsip ini sebagai asas rundingan.
Oleh itu, Iran akan mengadakan rundingan selama dua minggu di Islamabad berdasarkan prinsip tersebut.
Ini tidak bermaksud perang telah berakhir dan Iran hanya akan menerima penamatan perang setelah semua butiran dimuktamadkan.
Rundingan akan bermula pada hari Jumaat, 11 April, dengan penuh ketidakpercayaan terhadap pihak Amerika.
Adalah penting untuk mengekalkan perpaduan nasional dan mengelakkan sebarang kenyataan yang memecahbelahkan.
Rundingan ini adalah kesinambungan medan perang dalam bentuk politik.
Sekiranya penyerahan musuh di medan diterjemahkan kepada kejayaan politik, kita akan meraikan kemenangan bersejarah ini bersama.
Jika tidak, kita akan terus berjuang sehingga semua tuntutan rakyat Iran dipenuhi.
Tangan kami sentiasa dipicu, dan sebarang kesilapan kecil oleh musuh akan dibalas dengan kekuatan penuh.
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi (SNSC)
