Politik Abad 21

Politik Abad 21

Sukar diduga dan memeningkan apabila menghadapi Abad 21 yang mempamerkan satu formula politik yang rencam.

Terpinga-pinga rakyat dan pemain politik dengan suasana yang berlaku dalam negara kita.

Skil-skil politik telah mempamirkan kematangan dan mematangkan rakyat.

Pemimpin politik mengatur bidak dengan begitu kemas dalam suasana memfokuskan target menawan raja.

Sungguh mempersonakan yang menyebabkan penganalisis politik mencari solusi diatas strategi politik yang belum pernah dipamir dipentas politik yang rencam ini.

Pertembungan idealogi dan gabungan parti mencorakkan satu formula “Kawan tidak semesti sahabat. Lawan tak semestinya musuh”.

Berlaku satu corak rentak yang meminta rakyat mula membaca strategi dan formula luar biasa ini.

Persoalannya siapa yang merencanakan?

Pakatan Harapan memulakan provokasi luarjangka yang telah berjaya menanam persepsi diminda rakyat dalam sasaran melumpuhkan Kerajaan Barisan Nasional dengan satu serangan yang semacam akan berlaku runtuhnya kerajaan yang ada dengan fitnah yang mana rakyat yang terpinga-pinga menerimanya sebagai satu kebobrokan yang perlu diperbetulkan.

Generasi muda dimanipulasi dan dipengaruhi bahawa pembangkang mampu mensejahterakan rakyat tanpa mempamirkan agenda yang tersirat.

Maka pakar-pakar strategi pembangkang mencatur bidak mengepung pemikiran rakyat seolah-olah mereka sudah menawan dan mengalahkan pihak lawan.

Dipihak Kerajaan berhempas pulas mencatur semula kekuatan untuk megubah corak permainan yang dipamir demi menguatkan pertahanan yang teruk diserang.

Dalam suasana terdapatnya pembangkang tegar PAS yang berdepan dengan kerajaan Barisan Nasional yang mana berlaku pertembungan tiga penjuru.

Pakatan Harapan mengambil peluang dengan membuat serangan luarjangka bahawa PAS yang dikenali sebagai Parti Islam telah bersekongkol dengan Barisan Nasional membuat onar menerima rasuah dari Umno Barisan Nasional.

Sungguh licik dan tak terjangka permainan bidak yang mengepung bantuan dari musuh kepada musuh BN.

Politik fitnah amat asing bagi PAS.

PAS yang selama ini membongkar kebobrokan kerajaan Barisan Nasional bersama Pakatan Rakyat dikianati kerana gerakan sulit DAP dan parti liberal yang membenci Islam.

Seluruh persatuan NGO dikerah mensasarkan serang bertubi-tubi dengan bermodalkan fitnah ini.

PAS yang memperjuangkan Islam dikata telah membuat mungkar menerima rasuah RM 90 juta dari UMNO.

Peribadi Ulama Tuan Guru Haji Hadi diserang bertubi-tubi dengan tujuan membunuh karektor ahli politik tersohor.

Serangan dwi cabang ini mensasarkan Dato Najib dan Isteri dengan longgokan kesalahan yang ada tangan ghaib dibelakangnya.

DAP yang dikatakan mendapatkan pembiayaan luar memecahkan PAS dan berjaya menaja Parti Amanah.

Manakala Tun Mahathir pula berjaya diletakkan sebagai PM dari pihak Pembangkang.

Maka seluruh pemimpin Pakatan Harapan membisu dan memekakkan telinga demi membina kekuatan bersama Ikon yang tiada bagi pihak mereka.

Tun Mahathir yang teruk dikecam telah dijadikan sahabat karib untuk berdepan dengan Dua ikon Politik Dato Sri Najib dan Tuan Guru Haji Hadi.

Ternyata Pakatan Harapan tiada ikon yang boleh melawan ketokohan dua orang pemimpin politik yang penuh sarat dengan pengalaman keilmuan dan kejayaan.

Tun memulakan serangan kepada Dato Sri Najib manakala DAP, PKR Amanah mensasarkan Tuan Guru Haji Hadi.

Mengapa pembahagian tugas ini berlaku.

Ianya berdasarkan kesesuaian dan ketepatan strategi politik fitnah dan adu domba.

PAS mengerahkan tenaga pakar perundangan memulakan tindakan saman kepada Sarawak Report yang berpengkalan diluar negara.

Ianya dilakukan kerana membuktikan fitnah yang dirancang perlu dicabar.

Pengorbanan seluruh warga PAS membiayai dana yang bukan sedikit menghadapi fitnah ini.

Pihak Umno mengambil tindakan yang agak lambat dalam hal ini kerana dalam masa yang sama fitnah berganda PAS akan bergabung dengan UMNO.

Dari sudut kehendak politik tiada salahnya.

Tetapi oleh kerana UMNO dipihak kerajaan dan PAS sebagai pembangkang tidak mungkin akan bersama kerana PRU 14 semakin hampir.

PAS bergelut dengan dua fitnah terancang yang menyukarkan membalas balik semua bentuk fitnah.

Tindakan undang-undang yang dibuat terhadap Sarawak Report mula menampakkan hasil.

Ini membahayakan masa depan Pakatan Harapan.

Lalu Pemimpin Parti Amanah dikerah membuat serangan balas dengan bukti-bukti transaksi yang akan dikemukakan.

Muncullah ulama us’su memainkan peranannya.

Lagaknya Pemimpin Amanah menabur fitnah tanpa memperdulikan mereka pernah ditarbiyyah oleh Parti PAS dan mempelajari selok belok politik.

Ibarat anjing yang diberi makan akhirnya mengigit mereka yang berjasa kepadanya.

Akhirnya Pakatan Harapan mencapai kemenangan dengan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih 60 tahun.

Parti DAPlah yang mendapat kemenangan besar dalam pencaturan ini.

Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim Dan Mohd Sabu berjaya diperalat dan menjadi boneka dalam percaturan ini.

Tindakan DAP tidak habis disitu.

Mereka meletakkan syarat PM berkuasa 2 tahun dan akan digantikan Dato Seri Anwar sebagai Perdana Menteri bagi pihak mereka.

Pemimpin Amanah yang dilihat sebagai khadam tiada dalam senarsi mereka.

Sungguh luar jangka permainan politik yang dipamirkan.

Pergolakan politik dalam Pakatan Harapan tidak mampu disembunyikan lagi.

Pakar strategi DAP mula memainkan peranan menggerakan parti komponen mengugurkan Tun Mahathir.

Desakan demi desakan dibuat kerana Tun Mahathir dilihat tidak selari dengan aspirasi DAP.

PKR dan Amanah diperalatkan mengerakkan desakan supaya Tun Mahathir menyerahkan jawatan dalam tempoh yang hampir sampai sebagaimana perjanjian yang termetrai.

Tun Politikus licik sangat memahami musuh yang selama ini menyerangnya dan memakinya akan membuat tindakan luarjangka mengambil tindakan undang undang terhadapnya disebabkan serangan mereka terhadap skandal yang dilakukan Tun.

Dalam masa sama PAS dan UMNO mengerakkan mobilasasi mengadakan muafakat sebagai pembangkang berdepan dengan Kerajaan yang ada.

Maka terbentuklah satu gabungan Muafakat Nasional.

Tun Mahathir berasa tidak selamat lalu Memobilisasikan Kongress Melayu.

Semua Umat Melayu disatukan dalam kongress tersebut.

Pemimpin Kerajaan dan pembangkang disatukan bawah satu bumbung.

Satu cabaran bagi DAP apabila kongress ini berjaya menyatukan umat Melayu.

PAS, UMNO terlibat dalam program tersebut.

Kesetian DAP kepada Tun tidak bertahan lama kerana ada agenda tersirat.

Serangan dan desakan demi desakan menyebabkan Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana menteri tanpa menamakan pengantinya.

Sungguh pelik satu permainan politik yang tidak pernah dipamirkan.

Disinilah bermula satu percaturan luarjangka dan rakyat dan pemerhati politik terpaksa berlajar satu seni politik yang agak janggal.

YDPA akhirnya melantik Tun sebagai Perdana Menteri Interim kerana kekosongan Jawatan Ketua Negara.

Tun mempamir satu skill politik untuk menguasai semua parti dibawah telunjuknya.

Benar kata mantan Presiden PAS permainan strategi dan skill politik Tun sukar dibaca.

Bagi Pihak PAS dan UMNO memanggil pakar strategi berdepan dalam situasi getir dan mencabar ini untuk menguasai suasana dan mengembalikan ketenteraman yang ada.

DAP yang begitu rakus mencorakkan politik dalam projek bumi hangus telah mula gusat diatas permainan strategi yang dipamir oleh Tun Mahathir.

Dalam permainan sorong tarik politik yang getir akhirnya Tun M mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. manakala kerajaan tidak meletakkan calun.

Akhirnya PAS dan UMNO bersetuju melantik TSMY dan akhirnya Bersatu mengistiharkan keluar dari Pakatan Harapan.

Terbentuklah sebuah kerajaan baru Perikatan Nasional yang mana dikuasai pemimpin Melayu Islam.

Rakyat menarik nafas lega.

Kerana serik berada dibawah kerajaan PH yang menghukum orang Melayu Islam yang dikuasai DAP.

Akhirnya Tun melepaskan diinya dan memisahkan diri dari kerajaan PH dan PN.

Dengan mempamir satu skill luarjangka yang melegakan rakyat.

Kini rakyat bersatu dibawah kerajaan melayu Islam yang bersesuaian dengan aspirasi orang melayu Islam.

Nukilan

Abdul Shukor Idris

Politik