Perundangan Islam Terpinggir Di Bawah Kerajaan Madani

Perundangan Islam Terpinggir Di Bawah Kerajaan Madani

Rakyat pelbagai kaum di negara ini sudah lama menyedari peranan serta komitmen PAS sentiasa berusaha bagi memartabatkan perundangan Islam.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendedahan mengenai perundangan Islam kepada golongan bukan Islam tetap diteruskan dan diyakini ia akan diterima baik.

Katanya, hasil kerjasama PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) membuahkan sedikit hasil apabila golongan bukan Islam yang lagi tidak ekstrem lagi terhadap Islam.

“Ini satu yang baharu berlaku dalam politik tanah air, insya-Allah usaha tersebut membawa kepada pencerahan keharmonian antara kaum di negara kita.

“Inilah kita perjuangkan selama ini. Berlaku gaduh sikit isu yang dikaitkan dengan Islam di Johor baru-baru ini ternyata ia sebagai fitnah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan khas di Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah (KONSIS 2024) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, KONSIS yang diadakan itu sebagai usaha ke arah memartabatkan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan (EKJS) (1) 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Februari lalu.

Menurutnya, penglibatan tokoh akademik dan pakar perundangan memberi pencerahan terhadap sistem perundangan Islam semakin yang terpinggir di bawah kerajaan Madani sekarang.

“Oleh kerana yang hadir ada wakil kerajaan negeri, anggota Exco, wakil rakyat dan NGO, sekurang-kurangnya boleh membantu membawa mesej kepada rakyat.

“Harapan kita agar ahli-ahli akademik terlibat dalam kegiatan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pembentangan kertas kerja oleh mantan Hakim Syarie Perak Dato’ Muhamad Asri Abdullah, Hakim Mahkamah Syarie Pasir Mas, Mohd Nabil Muhamad Sukri berkatz, beliau setuju usaha kerajaan negeri mengkaji balik seksyen yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan.

Katanya, langkah itu seumpama kita menanam semula pokok durian yang tumbang akibat dilanda ribut.

“Kita boleh tanam semula di tempat lain yang bukan menjadi laluan ribut,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 seksyen dalam EKJS) (1) 2019 selepas ia dibawa peguam Nik Elin.

Isu Semasa