Semua Presiden Umno selepas mereka menjadi Kerajaan Malaysia adalah juga Perdana Menteri Malaysia, kecuali yang pertama, Dato’ Onn Jaafar kerana beliau hanya menjadi Presiden Umno dari 1946-1951 sahaja yang mana kita tahu, Malaysia merdeka 31 Ogos 1957.
Kecuali kedua ialah Presiden Umno kelapan, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Dia diberi kepercayaan mengambil tampuk nombor satu Umno setelah Datuk Seri Najib meletakkan jawatan dan masa itu BN kalah PRU-14.
Walaupun setelah itu, BN bergabung dengan Bersatu, PAS dan parti dari Sabah dan Sarawak (GPS), bagi membentuk kerajaan baharu, setelah Kerajaan PH diruntuhkan, melalui PM nya sendiri, Tun Mahathir yang meletakkan jawatan, tetapi TS Muhyiddin dari Bersatu, dipilih sebagai PM, bukannya Zahid.
Namun setelah TS Muhyiddin turun jawatan, BN kemudiannya diberikan mandat untuk memegang jawatan PM, masih Zahid tidak dipilih, kerana beliau menghadapi pertuduhan di mahkamah.
Sebaliknya, Datuk Seri Ismail Sabri, Naib Presiden Umno, yang dipilih.
Sehinggalah sekarang, Parlimen sudah dibubarkan, didesak sendiri oleh Zahid terhadap PM, Datuk Seri Ismail Sabri, konon supaya rakyat memilih, bagi mencari kerajaan lebih stabil, nama Zahid tetap tidak dinaikkan sebagai calon PM dari Umno untuk PRU-15 ini.
Sungguh tidak disangkakan?
Hampir sama yang berlaku ke atas Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam semua senarai Ketua Pemuda Umno, dari Kapten Hussein Onn sehinggalah kepada Khairy Jamaluddin, tidak pernah tiada antara mereka yang gagal memenangi PRU sebagai Ahli Parlimen atau Adun.
Semua pernah menang.
Jadi Menteri, Timbalan Menteri atau Menteri Besar dengan merit.
Kecuali Dr Asyraf, beliau kalah dua kali di Parlimen Tumpat dan Pasir Putih.
Tiada kawasan, tetapi dilantik menjadi Timbalan Menteri melalui pintu belakang, atas kuota senator bukan merit sebagai wakil rakyat.
Dia pernah disebut dikehendaki rakyat untuk menjadi Menteri Kewangan sewaktu Covid melanda dahulu.
Konon untuk menjadi wira, mengeluarkan duit KWSP kepada rakyat.
Entahlah siapa dan berapa orang yang dikata ‘rakyat’ itu.
Jadi faham-faham sahajalah jika kita lihat kepelikan mereka berdua ini bertindak dalam politik.
Terpaksa berlakon, terkadang sampai memfitnah kepada Ketua Pemuda PAS.
Sanggup buat begitu kerana untung-untung nanti paling kurang, dapatlah jadi PM walau sekejap untuk Zahid.
Atau bagi Asyraf, menang sekali di Parlimen sebagai bukti menandakan rakyat percayakannya.
Terdesaknya mereka ini.
Mereka menempel dengan isu-isu yang tular, seperti KWSP, isu Cikgu Fadli, konon prihatin, tapi masa kau jadi kerajaan dulu, apa kau buat?
Kalau tidak, hanya berharap ehsan senator sahajalah, atau hanya baca dan berangan, konon ‘rakyat’ mahukan dia.
Mereka berdua ini adalah Presiden dan Ketua Pemuda Umno paling lemah dalam sejarah Umno.
Nak ke kita pilih orang jenis lemah begini?
Mohd Nasir Abdullah