Menarik untuk menyaksikan keputusan PRU 15 bagi negeri Perlis.
Kajian telah dilakukan bagi melihat pola pengundian di negeri Perlis.
Beberapa faktor telah diambil kira sebagai kayu ukur gelombang Perikatan Nasional dalam menawan Perlis
1. DEMOGRAFI PENGUNDI
Perlis merupakan negeri majoriti berbangsa melayu yang menjadikan pertembungan utama antaran Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional.
Sama keadaan seperti pertembungan di negeri “malay belt” yang lain.
Keputusan PRU 14 menujukkan keputusan di peringkat DUN seperti berikut
BN : 10 kerusi
BERSATU (PH) : 3 kerusi
PAS : 2 kerusi
Hal ini jelas menunjukkan pertembungan adalah di antara parti melayu. PN menentang BN dimana PAS dan BERSATU duduk di 1 lambang yang sama.
2. GELOMBANG PN GANTI BN
Perikatan Nasional yang dibarisi oleh pemimpin melayu yang dilihat lebih bersih dan kompeten berbanding Barisan Nasional dilihat sebagai satu parti yang mampu menjadi nafas baru kepada parti yang memperjuangkan agenda bumiputera.
Gelombang penerimaan Perikatan Nasional di seluruh negara dirasai terutamanya di negeri “malay belt”.
Perlis tidak terkecuali dari gelombang ini.
BN dilihat tenggelam di seluruh negara dengan keadaan struktur kempen yang kucar kacir dan kehilangan aura apabila ramai panglima digugurkan.
Rata-rata melihat PN yang lebih kehadapan dalam menyaingi Pakatan Harapan.
3. DS SHAHIDAN KASSIM DAN 5 KERUSI DUN DI PARLIMEN ARAU
Pengaruh bekas MB Perlis dari tahun 1995 sehingga Mac 2008 sangat besar di Perlis.
Rata-rata rakyat Perlis tanpa mengira latar politik menghormati beliau sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada masyarakat secara peribadi mahupun melalui Yayasan Pok dan Kassim.
Langkah Zahid Hamidi mencantas beliau mengakibatkan jentera BN Perlis bergolak sehingga 113 bilik gerak Barisan Nasional di Parlimen Arau telah ditutup.
Hal ini menyebabkan berlaku penolakan dalam kalangan pengundi tegar BN.
Langkah Perikatan Nasional yang memberi laluan kepada beliau bertanding di Arau dilihat sebagai langkah strategik yang memungkinkan kesemua 5 DUN di bawah Parlimen Arau akan dimenangi oleh PN.
Apatah lagi pada PRU 14 yang lalu sememangnya 2 daripada 5 DUN ini sememangnya telah dimenangi oleh PAS.
Ini menjadikan PN hanya memerlukan lagi 3 kerusi DUN yang diperlukan untuk menguasai Perlis.
3 DUN ini di jangka boleh dipertahankan oleh BERSATU di Sena, Indera kayangan dan Kuala Perlis.
Ini belum diambil kira DUN lain yang turut berpotensi besar PN menang.
4. DR MAZA YANG MEMBERI BAYANGAN SOKONGAN
Pengaruh Mufti Perlis ini di negeri Perlis tidak dapat dinafikan lagi.
Baru-baru ini Dr MAZA telah mengeluarkan artikel bertajuk “Senarai Calon PRU Yang Tidak Boleh Diundi”.
4 ciri awal yang digariskan pembaca dapat kaitkan dengan Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional iaitu 2 terawal berkait dengan jangan memilih calon yang menzahirkan permusuhan dengan islam dan menyokong nya.
Ciri ini dkaitkan dengan PH yang didominasi oleh DAP.
Ciri ke 3 dan ke 4 dikaitkan dengan salah laku dan rasuah yang umum mengaitkannya dengan Barisan Nasional.
Ianya sekaligus memberi bayangan memilih Perikatan Nasional adalah lebih kurang mudharat berbanding PH dan BN.
5. CERAMAH MUHYIDDIN YASSIN DI PERLIS
Kehadiran mantan Perdana Menteri yang sangat dekat dihati rakyat ini ke Perlis merupakan suatu indikator kepada peningkatan sokongan rakyat perlis kepada PN.
Ribuan rakyat hadir pada ceramah PN membuktikan bahawa PN semakin diterima oleh masyarakat di Negeri Perlis.
Hal ini juga mungkin berkaitan dengan mobilisasi penyokong-penyokong BN oleh bekas Pengerusi BN Perlis iaitu DS Shahidan Kassim.
Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional secara jelas sudah ada gelombang hebat dikalangan rakyat Perlis.
Ini menunjukkan petanda luar biasa rakyat Perlis sudah bersedia menyokong PN bagi menerajui sebuah kerajaan baharu.
6. DAPATAN GOOGLE TREND
Suatu perkara yang menarik apabila data yang telah dikeluarkan oleh Google Trends bermula 5 Nov sehingga 17 Nov, Perikatan Nasional mula mendapat tempat dihati rakyat Perlis.
Sebanyak 54% carian tentang Perikatan Nasional telah dilakukan oleh rakyat Perlis, meninggalkan Pakatan Harapan (30%) dan Barisan Nasional (16%).
Hal ini selari dengan gelombang Perikatan Nasional yang kita dapat lihat secara fizikal mahupun di media sosial.
Selain itu beberapa pengkaji politik turut menyatakan dapatan yang sama dengan dapatan ini.
7. INFLUENCER ANAK PERLIS DI TIKTOK
Faktor ini sangat menarik kita tekuni.
Anak muda pengundi kali pertama rata-rata berada di Tiktok.
Telah tular video dari seorang influencer Perlis yang meraih tontonan sehingga 2.1juta.
Beliau juga telah memuatnaik banyak video lain yang pastinya akan mempengaruhi anak muda Perlis dalam membuat keputusan.
Gelombang Perikatan Nasional yang sememangnya menguasai platform Tiktok juga dijangka turut memberi kesan kepada keputusan anak muda.
Berdasarkan faktor-faktor di atas menunjukkan Perlis bakal mendapat kerajaan daripada Perikatan Nasional.
Satu gabungan yang menawarkan kerjaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.
Ahmad Fahmi bin Mokhtar