Bagaimana Mungkin Islam Terancam Jika PM Dan Raja Kita Orang Islam?

Bagaimana Mungkin Islam Terancam Jika PM Dan Raja Kita Orang Islam?

Bagaimana Islam boleh terancam dalam negara ini yang majoritinya umat Melayu/Islam, rajanya orang Islam, masjid-masjidnya merata-rata ceruk ada, sekolah-sekolah tahfiz berlambak, pengajian-pengajian Islam berkembang, majoriti ahli parlimen dan Adun adalah orang Islam, Perdana Menteri dan Menteri besar majoritinya orang Islam… dan pelbagai lagi fakta dan data menunjukkan Islam tidak terancam dalam negara kita?

Kenapa sentimen Islam terancam ini kerap dimainkan terutama oleh PAS dan kumpulan konservatif?

Ada lima perkara utama yang kita boleh kelaskan yang boleh mengancam Islam dan umat Islam dalam negara kita ini walaupun fakta yang ditulis dalam point #1 di atas dilihat sebagai mustahil Islam akan terancam.

LIMA perkara itu adalah Politik, Perundangan, Ekonomi, Tanah dan Pemikiran.

Ada TIGA puak secara kasarnya akan terlibat dalam pertembungan Lima perkara tersebut – iaitu Konservatif, Liberal dan Oppressor.

Secara umumnya, pihak konservatif dalam negara kita adalah pihak yang secara teguh mempertahankan Melayu/Islam sebagai tunjang kepada kerangka negara kita.

Mereka meyakini bahawa Malaysia ini adalah Tanah Melayu dan Tanah Bumiputera – tuan tanah yang mesti dihormati agama, budaya dan bahasa mereka.

Pihak Oppressor pula tidak ramai.

Mereka berjiwa orang asing yang mahu mengambil hak tuan tanah dengan pelbagai cara yang diperbolehkan melalui politik, ekonomi, perundangan dan tanah.

Mereka ini akan berusaha menguasai kartel-kartel ekonomi, parti-parti politik, menghantar seramai mungkin pengamal udang-undang untuk berada dalam parlimen bagi menggubal undang-undang dan sebagainya.

Puak Liberal pula adalah kumpulan yang mahu kebebasan, tidak mahu terikat dengan kongkongan konservatif Melayu/Islam dari sudut pemikiran.

Kumpulan ini adalah tunggangan terbaik bagi puak Oppressor untuk menghadapi reaksi balas kumpulan konservatif atas setiap perancangan mereka.

Perlu diingat, tidak akan ada orang bukan Islam akan menjaga kepentingan umat Islam dari sudut akidah, syariah dan muamalah.

Yang ada hanyalah tempelan-tempelan sokongan sekadar meraih undi.

Mereka tidak akan ambil pusing untuk memperkasa apa-apa undang-undang, struktur politik umat Islam.

Jika ada gerakan untuk melawan perundangan Islam, mereka akan support secara konsisten.

Yang akan pertahankan Islam, hanyalah orang Islam itu sendiri – selagimana mereka mempunyai kefahaman yang betul mengenai perkara yang LIMA tersebut.

Yang akan pertahankan Melayu sebagai tonggak dalam kerangka bernegara pun adalah orang Islam itu sendiri walaupun dia adalah Cina Muslim atau India Muslim.

Walaupun ahli parlimen Muslim masih ramai, tetapi hari ini majoritinya berada di sebelah pihak pembangkang, tidak berkuasa sebagai kerajaan.

Manakala populasi ahli parlimen yang bukan Islam dalam parlimen adalah besar dan sangat kuat sebagai pendesak kepada kerajaan.

Bahkan dengan kekuatan dua pertiga majoriti, mereka boleh mendesak untuk pertambahan kerusi-kerusi untuk pihak mereka melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Kuasa politik mereka akan semakin besar walaupun mereka bukan kaum majoriti.

Manakala kaum majoriti masih mendominasi kawasan yang berpopulasi rendah – menyebabkan peluang untuk pertambahan kerusi melalui persempadanan semula adalah rendah.

Apabila pihak Oppressor dan Liberal menguasai parlimen, sedikit demi sedikit tekanan perundangan akan berlaku ke atas umat Melayu/Islam yang rata-ratanya konservatif.

Hari ini pun kita sudah dengar usaha untuk membatalkan undang-undang syariah yang diluluskan di peringkat negeri – atas alasan tidak selari dengan perlembagaan negara.

Siapa yang akan bangun pertahankan isu ini?

Paling mudah untuk Oppressor-minded buat kerja untuk hadap konservatif Melayu/Islam adalah melalui ekonomi dan tanah (pemilikan hartanah).

Sedikit demi sedikit menggunakan kekuatan ekonomi untuk memiliki tanah-tanah umat Melayu/Islam.

Ia bukanlah satu perkara yang baharu, ia telah bermula sebelum merdeka lagi dalam bentuk konspirasi British-China ke atas Tanah Melayu.

Panjang jika mahu dihuraikan. Kerja ini berterusan sehingga hari ini, sedikit demi sedikit.

Sebagaimana British pernah berkonspirasi dengan Zionis untuk menguasai tanah Palestine.

Semua orang tahu bagaimana pelarian dan pendatang Yahudi diangkut masuk ke Palestine oleh kuasa-kuasa besar seperti British.

Ironinya, Yahudi-Yahudi pendatang ini dilayan dan diterima dengan baik oleh umat Palestin, menyantuni mereka.

Namun sikap baik orang Palestin dibalas dengan tuba.

Mereka membentuk kuasa politik, kemudian menguasai udang-undang, mereka membeli tanah-tanah orang Palestin (kerana mereka didana kuasa luar).

Akhirnya mereka berjaya menubuhkan negara haram Israel.

Bermulalah episode ngeri dan berdarah rakyat Palestine – kerana para pendatang Yahudi itu telah berkuasa.

Dalam negara kita, tidalah sampai ke tahap itu.

Cuma corak pemikiran para Oppressor adalah sama – mahu menguasai. Israel-Zionis adalah contoh extreme yang boleh terjadi.

Kita hanya berharap umat Islam sedar perkara ini, tidak hanya leka terbius oleh fakta-fakta yang disebut dalam point #1 semata-mata.

Kita sudah boleh dapat menilai tindak-tanduk orang-orang politik hari ini, ke arah mana kecenderungan mereka.

Parti politik yang ada, ke mana kecenderungan mereka.

Ia adalah pertembungan Konservatif dan Liberalis secara umumnya.

Oppressor tidak akan menunjukkan belangnya melainkan berselindung disebalik Liberalism – sehinggalah mereka mendapat kuasa penuh nantinya.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

p/s: Definisi Liberal yang difahami pihak konservatif mungkin berbeza dengan definisi Liberal yang difahami puak Liberal. Tidak hairan puak Liberal berbangga dengan keliberalan mereka, manakala pihak konservatif memandang buruk akan Liberalism.

Kolumnis