Beliau adalah penyokong kepada Erdogan, konon katanya dahulu, mahu mengembalikan kegemilangan khilafah Uthmaniyyah.
Dan beliau antara pendokong team Erdogan sewaktu dalam PAS yang mahu menjatuhkan Presiden.
Jadi kita boleh lihat betapa dendam beliau kepada Presiden PAS.
Beliau mempunyai ijazah Bahasa Arab, manakala ijazah Sarjana dan Kedotoran bukan berasaskan agama dan beliau tidak dikenali sebagai ulamak.
Tetapi ayahnya Tuan Haji Yusof Rawa seorang ulamak terkenal.
Maka segala ‘fatwa’ Mujahid berkenaan agama, tidak mempunyai kekuatan. Ini kita semua tahu.
Kalau kuatpun kerana menunggang fatwa imam besar.
Beliau terpaksa menggunakan nama penuh ayahnya sehingga kepada datuknya, mungkin kerana takut orang kenal dia anak Yusof tapi Yusof mana? Mungkin Yusof Rawther?
Jadi letak terus Rawa, senang dikenali. Dalam politik, benda-benda sebegini boleh menaikkan undi jika berlaku pemilihan.
Selain itu, Mujahid juga suka menggunakan nama almarhum Dato’ Bentara Setia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam serangan beliau kepada PAS.
Konon mengaku mereka adalah penerus legasi perjuangan almarhum yang telah dipesongkan oleh TS Presiden PAS sekarang.
Jangan-jangan nanti apabila Presiden PAS meninggal, nama Presiden PAS pula dia guna untuk serang Presiden PAS yang baharu waktu itu.
Tetapi Mujahid tidak pernah menggunakan nama Ahmad Awang, ulamak kabir Pan itu sebagai sandaran. Mungkin kerana tiada nilai.
Dalam isu keutamaan haji atau undi ini, Mujahid juga secara simbolik telah menyesatkan almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat atas fatwa yang sama dikeluarkan almarhum semasa hayatnya, menyokong fatwa TS Presiden PAS sekarang.
Mujahid juga secara tidak langsung mengaku bahawa segala pujian beliau dan rakan-rakan beliau terhadap almarhum TGNA yang kini beliau sesatkan disebabkan fatwa haji boleh ditangguh keran mengundi itu hanyalah penipuan semata-mata bagi mengharapkan keuntungan politik.
Guna orang matipun tak mengapa, asal dapat laba politik.
Beliau mungkin tak pernah jumpa atau terbaca bahawa fatwa ulamak Uthmaniyyah kepada khalifah mereka ialah tidak boleh mengerjakan haji kerana isu politik, dimana mungkin berlaku apa-apa serangan dari dalam atau luar dan sebagainya.
Demi kuasa Islam, haji tidak diwajibkan kepada khalifah.
Haji ialah ibadat yang dilapangkan masanya.
Ia juga pernah dibincangkan oleh mufti-mufti sebelum ini dan bersetuju bahawa haji boleh ditangguh kerana maslahah pilihanraya di Malaysia adalah besar kesannya kepada negara.
Mujahid bukan sahaja menentang TS Presiden PAS, tetapi juga mantan Mursyidul Am PAS dan juga mufti-mufti.