Bilamana Covid19 melanda dan PKP terpaksa dilaksana, ramai orang gelisah tak dapat berkerja.
Peniaga tidak dapat berniaga, guru tidak dapat mengajar, pemandu teksi tidak dapat memandu, penoreh tak dapat menoreh, dan seterusnya.
Begitulah juga orang politik yang kerjanya berpolitik.
Memang mereka gelisah jika tidak dapat berpolitik.
Terkurung dalam rumah berbulan-bulan boleh jadikan orang politik murung.
Tidak dapat tidak, sehari sekali kena buat Live FB untuk melepaskan geram tidak dapat berpolitik.
Lebih-lebih lagi orang politik yang tetiba sahaja hilang jawatan dengan jatuhnya sebuah kerajaan, orang politik yang tumbang dek dikhianati kawan, orang politik yang ditunjal lawan dan seterusnya.
Stressnya mereka, tidak boleh diukur dengan mesin tensilometer.
Apabila PKP dilonggar dan dibuka, orang-orang politik berasa lega, sebagaimana leganya peniaga dapat berniaga.
Mereka dapat bermesyuarat dengan rakan-rakan, dapat berdebat dalam parlimen, dan dapat merancang gerakan menjatuhkan pemerintah.
Inilah orang politik.
PRN Sabah perlu menjadi iktibar kepada kita bahawa orang-orang politik tidak akan berdiam diri.
Mereka tak kisah apa yang terjadi, kerana mereka juga mahu bekerja dan kerja mereka berpolitik tak kira masa dan di mana.
Nak hentikan mereka berpolitik adalah hampir mustahil.
Itulah realiti yang kita kena hadap.
Permainan politik akan terus berjalan.
Bukan negara kita sahaja, bahkan negara seluruh dunia terpaksa hadap kegilaan orang politik.
Dengan itu, SOP yang lebih ketat diperlukan untuk mengawal orang-orang politik ketika mereka “bekerja”.
KKM, KDN, MKN dan ATM mesti ambil satu tindakan bersepadu untuk melaksanakan SOP yang lebih ketat untuk menghadapi PRU, PRN dan PRK – sebelum dan selepas.
Jika kita terus berlunak dengan politician, kita akan letih untuk hadap karenah mereka.
Sekian
p/s: Malangnya… semua entiti yang tersebutkan itu juga dikuasi orang politik (?).
Oleh: Dr Tanaka Mustafa