Jumlah pengundi Melayu pada PRU 14 ialah 8,545,850.
Hanya 5 peratus atau 427,292 orang Melayu yang sokong PH.
Sedangkan 95 peratus atau 8,118,558 orang Melayu yang sokong UMNO, PAS dan PPBM.
Kalau 200,000 dari 5% pengundi Melayu memilih Anwar dalam survey IDE itu dan hanya 10,000 dari 95% pengundi Melayu tidak memilih Anwar, tidak bermakna majoriti orang Melayu menyokong Anwar.
Bukan bermakna IDE menipu tetapi kalau yang mengundi itu majoriti penyokong PH maka semestinya nampak Anwar mendapat sokongan majoriti.
Sedangkan penyokong MN atau PN tidak berminat pun untuk melayan pungutan suara sebegini yang hanya merupakan alat propaganda yang tidak tepat.Hendak tahu majoriti yang sokong Anwar?
Tunggu PRU 15.
Jangan cepat termakan atau terkeliru dengan apa-apa nombor daripada IDE atau INVOKE yang tidak menggambarkan sokongan yang sebenar.
Sebab dari keputusan PRK-PRK, kita tahu 95% Melayu menolak PKR atau PH.
Lihat sahaja keputusan INVOKE dahulu yang mengatakan PAS tidak akan menang satupun kerusi parlimen atau DUN pada PRU 14.
Tetapi lepas PRU 14, PAS menang 18 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN.
Jadi dimana silapnya INVOKE?
Jadi keputusan survey atau pungutan suara rakyat dari mana-mana badan selalunya tidak mencerminkan realiti yang sebenar.
Dr Muslim