Nasib PAN Jadi Khadam DAP: Memberi Bunga Mendapat Tahi

Nasib PAN Jadi Khadam DAP: Memberi Bunga Mendapat Tahi

Selepas satu rungutan seorang ADUN di Pulau Pinang tentang kurangnya sokongan moral dan kewangan dari DAP, hari ini PAN terpukul lagi apabila ADUN PAN di Selangor ditegur oleh Speaker dari DAP disebabkan oleh baju kebangsaannya.

Saya tidak pelik bila Speaker menegur baju wakil Umno dan PAS, kerana mereka dari Muafakat Nasional (MN).

Rupanya ADUN PAN pun kena juga.

Sebelum ini, pemimpin PAN dari atas sampai ke bawah, beriya-iya mempertahankan DAP dan seluruh kepentingan DAP.

PAN memang wajar diberi anugerah di atas kesetiaannya kepada DAP.

Kesanggupan mereka sujud kepada DAP tidak ubah seperti Si Kitol dan Raja Mendliar yang menjadi alat Portugis dahulu.

Tetapi, Raja Mendaliar itu mendapat juga habuannya dalam menghancurkan Bendahara.

Tetapi PAN sebaliknya tidak dipedulikan oleh DAP sekarang.

Bak kata orang tua-tua, seperti melukut di tepi gantang.

Adanya PAN tidak menambahkan kekuatan DAP, kalau PAN tiada pun, tidak mengurangkan pengaruh DAP.

Sekarang ‘tanduk’ DAP sudah keluar.

Tapi orang-orang masih tidak faham.

Dia menyangka DAP nak makan PAS dan Umno.

Terlupa dia, bahawa bila DAP habis bekalan, PAN yang akan jadi lauk dahulu.

Tidak pernahlah dalam sejarah manusia, berlaku satu keadaan.

Orang-orang kafir datang hendak menolong orang beriman menegakkan Islam.

Seperti tidak pernah syaitan menyuruh manusia berbuat kebaikan.

Kecualilah orang yang disuruhnya itu adalah orang yang memperalatkan Islam.

Kata mereka, kononnya rahmat untuk sekalian alam.

Bila melihat Speaker DAP marahkan baju kebangsaan, termasuk ADUN PAN sekali dia taram.

Dan melihat pula di Pulau Pinang, ADUN mereka merengek macam budak kena sawan.

Maka tahulah kita, bahawa PAN di sisi DAP sekarang tiada nilai lagi hendak dijadikan kawan.

Cuma PAN saja buat-buat tak faham.

Bukan apa, PAN tahu bahawa mereka itu DAP yang beranakkan.

Sejak kecil DAP yang susukan.

Sekarang pun DAP yang bagi makan.

Kalau tiada DAP, macam mana mereka nak berjalan.

DAP pula sudah menyampah.

Dari kecil dipelihara tiada hasil yang berbuah.

Lawan PAS pun PAN kalah.

Dulu asalnya, DAP nak supaya undi Melayu terpecah.

Tiba-tiba, dengan orang Melayu, PAN kena sumpah.

Bila pilihan raya, PAS tak kalah.

Setiap kali PRK, calon PH yang rebah.

Untuk apa lagi dipelihara budak PAN si bedebah.

Baik biarkan sahaja dalaman mereka terus membarah.

Bila keadaan PAN sudah parah, PAN akan cepat menjadi arwah.

Satu hari nanti PAN akan tinggal sejarah.

DAP pun tak payah lagi menanggung susah.

Inilah namanya politik kereta buruk.

Kereta DAP rosak, PAN tolong tolakkan.

Kereta DAP pergi, PAN ditinggalkan.

PAN beri bunga, tahi yang DAP balaskan.

Mohd Fadli Ghani

Politik