Manusia Ada Hadnya

Manusia Ada Hadnya

Pada 31 Disember 2019 negara China memaklumkan WHO permulaan penularan virus Corona dan sekarang di kenali dengan Pandemik Covid19.

Rasa resah dan ketakutan mula terasa oleh kita di Malaysia apabila Malaysia pun sama terkena jangkitan ini dan terasa lega apabila kerajaan PN yang baru mengambil alih pentabiran negara bertindak pantas dengan memastikan rakyat mematuhi peraturan pada PKP Perintah Kawalan Pergerakan dan kepentingan rakyat diutamakan.

Pada peringkat awal kita telah berjaya melandaikan jangkitan ini.

Tetapi apabila PRN Sabah diadakan mulalah Pandemik Covid19 ini kembali menyerang.

Sudah acap kali kegilaan Ahli Politik kita bicarakan dari PRN hingga menggira “numbers”.

Tetapi ada juga dikalangan kita lupa untuk sejenak merenung dan berfikir apakah musibah yang Allah taburkan ini paling tidak ada berkait dengan tingkah laku dan sikap kemanusiaan kita.

Di Eropah dan Barat terutamanya AS sudah tidak ada lagi segan silu golongan LGBT ini mempamerkan diri mereka.

Malah siapa yang menentang akan di chop sebagai penentang hak asasi manusia.

Hak Asasi Manusia selalu dijadikan alasan atau kekuatan hukum untuk mereka yang melanggar fitrah manusia.

Sebagai manusia kita terbatas dengan peraturan bukan sahaja sebagai seorang rakyat sebuah negara malah sebagai umat untuk agama yang di anuti.

Had dalam pertuturan dalam tindak tanduk perlu ada.

Bukan main ikut nafsu atas nama hak asasi manusia.

Meski kita belum melaksanakan hudud dalam hukum Syariah di negara ini, jika di amati keperluan hudud atau had itu amat terang dapat membantu keharmonian sebuah negara.

Di Perancis mereka memperjuangkan kebebasan bersuara sehingga seperti tiada batas untuk seorang untuk meluahkan pendapatnya.

Belum habis dengan Pandemik Covid19 kita dikejutkan dengan karikatur Rasulullah oleh akhbar satira Perancis Charlie Hebdo kembali menjadi penyebab insiden di Perancis dengan kematian seorang guru dan pemuda asal Chenchen.

Di Malaysia pula ada golongan yang seronok bersuara atas dasar kebebasan dan hak untuk bercakap biar pun ianya melanggar etika rukun negara dalam Kesetian kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kesopanan dan Kesusilaan, sebagai seorang rakyat yang bernaung di bawah raja perlembagaan.

Apa kah mereka sudah menyangka mereka sudah kebal untuk bertindak sesuka hati mereka atau dalam bahasa lain berkelakuan kurang ajar.

Kenapa sesetengah parti politik hanya diam membisu tindakan mereka ini.

Siapakah mereka ini?

Anak didik mereka Urban KOMUNIS?

Pada masa yang sama parti itu hari ini tiba-tiba melaungkan Kesetian kepada Raja.

Jangan biarkan barah kebebasan hak bersuara tidak dipantau dengan saksama.

Islam mengajar umatnya dalam semua perkara ada hadnya kerana had itu adalah sebagai pendinding kepada sikap melampau atau ekstrim kerana Rasulullah bersabda:

“Pertengahan itu keadilan, kami jadikan kamu umat pertengahan”.

Riwayat Ahmad.

Isu Semasa