Secara tiba-tiba YB Tan Sri Annuar Musa telah diserang dengan tuduhan menjual 42 Plot Tanah milik DBKL dalam tempoh 8 bulan dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Saya melihat serangan ini timbul disebabkan Wakil Rakyat PH terutamanya DAP mula merasakan YB Tan Sri Annuar Musa sebagai satu ancaman politik kepada mereka melalui dasar-dasar baru Kementerian WP yang lebih mesra dan prihatin dalam soal kebajikan rakyat terutamanya ketika berhadapan dengan Pendamik COVID 19.
Dasar mewujudkan WP Bebas Berniaga merupakan satu keputusan yang tidak digemari oleh Wakil Rakyat PH terutamanya Ahli Parlimen Seputih kerana kononnya akan mewujudkan kacau ganggu kepada kesejahteraan kehidupan Warga Wilayah Persekutuan.
Mereka sengaja tidak faham tujuan YB Menteri memberi kelonggaran WP Bebas Berniaga adalah untuk membolehkan warga kota yang kehilangan pekerjaan atau terkesan dengan ekonomi yang meruncing untuk dapat terus hidup dengan mencari pendapatan tambahan.
Keputusan DBKL tidak lagi membenarkan penjualan minuman keras di Kedai Serbaneka, Kedai Runcit dan Kedai Ubat Tradisional Cuba juga telah ditentang hebat oleh Wakil Rakyat DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras kononnya menyekat kebebasan hak masyarakat bukan Islam untuk mengamalkan budaya kehidupan mereka.
Sedangkan keputusan yang dibuat lebih kepada membendung masalah sosial dan isu pemandu mabuk yang semakin bertambah dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Mereka kekal boleh membeli dan minum serta mengamalkan budaya mereka ditempat yang telah ditetapkan.
Kepada YB Tan Sri Annuar Musa, jangan sesekali tunduk dan takut dengan serangan bertali arus dari Wakil Rakyat DAP.
Mereka hanya ingin melemahkan segala usaha YB Tan Sri untuk membantu Warga Wilayah Persekutuan.
Teruskanlah usaha YB Tan Sri untuk membantu Warga Wilayah Persekutuan dengan pendekatan mesra rakyat dan mudah bicara yang semakin diterima baik oleh Rakyat.
Rakyat tahu menilai antara permata dan kaca.
Terdahulu Tan Sri Annuar Musa berkaa beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli parlimen DAP yang menfitnah beliau.