Agak terkejut membaca laporan yang memetik “sumber BN” sebagai berkata PAS dan BERSATU hanya dirundingi kembali setelah rundingan dengan PH dikatakan mengalami jalan buntu bila DAP berkeras mahukan jawatan EXCO Kerajaan Negeri kepada ADUN-nya.
Laporan yang memetik sumber tidak bernama begini selalunya tidaklah saya pandang serius tetapi manalah tahu jika ada kawan-kawan yang boleh mengesahkan atau menafikan laporan ini.
Ada siapa-siapa yang boleh mengesahkan atau menafikan?
PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PH DI PERAK GAGAL KERANA DAP TUNTUT JAWATAN EXCO, KATA SUMBERPETALING JAYA:
Usaha Umno-Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak gagal kerana DAP menolak cadangan untuk parti itu tidak memperolehi jawatan Exco kerajaan negeri, kata sumber BN.
Sumber itu mengesahkan rundingan sememangnya berlangsung antara Umno-BN dengan pimpinan PH, termasuk pemimpin DAP.
Namun rundingan itu gagal mencapai konsensus kerana DAP tidak mahu dikecualikan daripada pelantikan EXCO kerajaan negeri.
Cadangan itu diajukan kepada DAP sebagai langkah menangani sebarang tindak balas pengundi Melayu, namun ditolak oleh pemimpin parti itu.
Menurut sumber berkenaan, Umno-BN bersetuju memperuntukkan jawatan EXCO kepada PKR dan Amanah tetapi bukan untuk DAP bagi mengelakkan respon negatif pengundi Melayu.
Susulan pendirian DAP itu, Umno-BN kembali berbincang dengan PAS dan BERSATU yang bersetuju memberi sokongan untuk pembentukan kerajaan baharu diterajui Perikatan Nasional, seperti sebelumnya.
Sumber itu berkata cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan Umno-BN bersama PH bertujuan untuk memastikan sebuah kerajaan negeri kukuh dan berkesan sehingga PRU ke-15 diadakan.
“Ia (kerajaan perpaduan) hanya sehingga PRU 15.
Semuanya berjalan baik sehingga DAP enggan berkompromi dan memaksa rundingan dihentikan,” kata sumber berkenaan.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/penubuhan-kerajaan…/
UMNO TURNED TO PN AFTER DAP STONEWALLED UNITY GOVT TALKS
The appointment of a new Perak menteri besar backed by Umno, BERSATU and PAS came after protracted talks for a unity government between Pakatan Harapan (PH) and Barisan Nasional (BN) failed to reach consensus, with DAP as the sticking point.
A BN source told FMT the talks were initially “smooth going” but turned “sour” due to DAP’s refusal to accept one of the conditions.
The condition was to allow BN, PKR and Amanah to hold exco positions in the Perak state assembly, leaving DAP out as a means to appease the Malay voters until GE15, he said.
But DAP disagreed, causing Umno to turn back to BERSATU and PAS instead to form a new Perak government, said the source.
He said the idea of Umno working with PH was to form a strong state government until the next elections are called.
A strong government, the source said, would allow the state to be run efficiently.
“This was only until GE15,” he said.
“Initially, all looked good but then DAP threw in the spanner and the talks halted.”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/umno-turned-to-pn…/
Kamarul Yusoff