Kuda Kayu  “Trojan Horse” PH Untuk PRU 15? Bahagian I

Kuda Kayu “Trojan Horse” PH Untuk PRU 15? Bahagian I

Disclaimer/Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pemimpin atau mana-mana parti politik.

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harian Metro pada 6 Januari 2021, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa memberi satu kenyataan yang berbunyi:

“Namun saya tidak dapat menyembunyikan pendirian saya di mana saya berpandangan sokongan bertulis yang dialamatkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 11 Oktober itu (2020) mengenai wakil rakyat BN berjanji setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyokong kerajaan ini dijatuhkan,” sambil menunjukkan salinan surat sokongan itu.

Annuar juga berkata, selain itu, wujud percubaan dan perundingan membabitkan DAP yang diistilahkan Pembentukan Jajaran Baru Politik:

“Saya mendapat berita secara sahih, tempat dan tarikh percubaan dan perundingan membabitkan DAP sekitar 17 Oktober lalu.”

https://www.hmetro.com.my/…/ahmad-zahid-sokong-anwar…

Berdasarkan pendedahan di atas, satu kluster kecil telah wujud didalam UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PN yang dipilih oleh Agong pada 1 Mac 2020.

Untuk memudahkan penulisan saya, kluster ini saya mengakronimkannya sebagai “KUDA KAYU” yang bermaksud: *Kluster UMNO-DAP-Anwar.

Kuda Kayu “Trojan Horse” adalah satu istilah yang sinonim dengan dunia politik.

Contoh, ada pihak menganggap Joe Biden adalah “Trojan Horse” parti Democrats di Amerika.

Ini kerana parti Democrats sukar untuk mengalahkan Trump kerana kuatnya sokongan rakyat Amerika terhadap parti Republican Trump.

Jadi untuk menang, Democrats perlu memilih seorang yang disenangi atau condong kepada Republican sebagai calon Presiden untuk mencuri sebahagian daripada undi penyokong Republican.

Op-Ed: Democrats foolishly elected a Trojan horse – Dec 7, 2020

https://www.thecentersquare.com/…/article_f07909cc-3890…

Untuk siapa yang belum faham, istilah Trojan Horse ini diambil dari sejarah perang Trojan dan Greek.

Tentera Greek amat sukar untuk menembusi tembuk kebal kota Troy, lalu merancang dengan membina satu patung kuda kayu gergasi (Trojan Horse) untuk dihadiahkan kepada Permaisuri Troy.

Kerajaan Troy menyangka tentera Greek telah mengaku kalah lalu membawa masuk ke dalam kota patung kuda itu.

Malam itu tentera Troy berpesta meraikan kemenangan.

Rupanya, ada beberapa orang tentera Greek yang bersembunyi di dalam perut kuda itu.

Setelah semua tentera Troy tidor keletihan selepas berpesta, tentera Greek membuka dari dalam perut kuda dan keluar membuka pintu kota untuk batalion perang Greek yang bersembunyi di luar kota masuk dan membakar kota Troy sehinggalah kerajaan Troy menyerah kalah.

Pada tahun 2012, Anwar Ibrahim telah menimbulkan satu kontroversi apabila beliau sendiri sanggup menjadi Trojan horse DAP.

Cuba lihat pautan ini.Anwar saying willing to be DAP’s Trojan horse stupid act — Abdullah (May 4, 2012)

https://www.theborneopost.com/…/anwar-saying-willing…/

Sama jugalah bagaimana Tun Mahathir dikudakan sebagai “Trojan Horse” oleh DAP untuk memenangi PRU 14 tempoh hari.

Sebahagian pemimpin DAP hanya menganggap Tun Mahathir sebagai “lao ma” atau “kuda tua” untuk memenangkan PH dahulu sebelum beliau mati dan sebelum dapat berjumpa Lee Kuan Yu untuk bermain mahjung.

Ini adalah satu penghinaan ke atas Tun Mahathir.

Lihat pautan berikut: Where will ‘Lao Ma’ lead Malaysia? Joceline Tan For The Straits Times (17 Oct, 2019).

https://www.straitstimes.com/…/where-will-lao-ma-lead…

(DAP found itself urging Chinese voters to ride on “lao ma” to get to Putrajaya despite its misgivings about him.)

Beginilah taktik “Divide and Rule” yang digunakan DAP ke atas kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti (67%) kerana DAP atau kaum Cina yang hanya ada 23% tidak mampu menang mana-mana PRU tanpa dipecah-pecahkan kaum Melayu.

Maka, “Trojan Horse” adalah satu cara yang universal dan senang digunakan untuk memecah belah kaum Melayu supaya kaum minoriti boleh memerintah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri pernah berkata taktik politik divide and rule itu bukan saja mewujudkan Melayu berpuak-puak malah meminggirkan banyak hak mereka yang terpelihara sebelum ini.

Lihat pautan ini untuk keyakinan.

Dasar ‘Divide And Rule’ Dap Berjaya Pecahkan Orang Melayu, Hilang Kuasa Politik(29 June 2019)

https://umno-online.my/…/dasar-divide-and-rule-dap…/

Melalui komen dibawah, Tan Sri Annuar Musa juga menyedari akan taktik Trojan Horse DAP ini:

“Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa atau cuba menguasai politik melalui “wayang Cina”,” katanya yang percaya bahawa DAP mempunyai strategi lebih halus dikenali sebagai ‘trojan horse’ untuk menghancurkan kerajaan sedia ada.

“(Mereka) berpura-pura bersembunyi di belakang, tetapi tetap berikhtiar supaya PPBM, Umno dan PAS berpecah,” katanya.

Lihat pautan berikut.

Hati-hati dengan strategi ‘trojan horse’ DAP, kata Annuar (November 14, 2020).

https://www.freemalaysiatoday.com/…/tempatan/2020/11/14/

Kesimpulan:

Semua pemimpin politik, pemerhati politik, dan kaum Melayu perlu memahami sepak-terajang golongan yang hanya mahu memecahkan perpaduan orang Islam sedangkan Allah mahukan orang Islam bersatu padu.

Apabila kita faham, kita tidak akan terpedaya dengan tipu muslihat golongan minoriti dan “Trojan Horse” mereka.

Bersambung ke:

KUDA (Bahagian II):

KUDA (Bahagian III)

Oleh: Dr Muslim

Isu Semasa