Jiran Yang Penyibuk

Jiran Yang Penyibuk

Che Non tinggal di sebuah kawasan perumahan kos rendah di kejiranan yang agak padat.

Che Non boleh dianggap sebagai ‘Kak Long’ kawasan.

Bukan kerana kegarangan dia bertumbuk atau apa, tetapi perangainya yang suka menjaga tepi kain jirannya yang lain dan dilengkapi dengan mulutnya yang becok bak murai tercabut ekor.

Semua orang naik meluat dengan perangai Che Non.

Anak-anaknya pun sama sahaja perangainya.

Che Non ada seorang jiran yang baik bernama Kak Pas.

Kak Pas ni sopan dan santun orangnya.

Selalu hadir kuliah-kuliah agama.

Semua orang senang dengan sikap Kak Pas, yang pandai dalam hal agama.

Kak Pas ada berniaga kecil-kecilan barang-barang kemas.

Dan sekarang dia sudah berjaya dengan perniagaannya.

Keuntungannya berlipat ganda.

Dia bercadang untuk membina sebuah rumah di kawasan lain.

Dan setelah rumahnya siap, dia memaklumkan kepada jiran-jirannya yang dia mahu berpindah.

Che Non datang menziarah Kak Pas.

Setelah beberapa ketika bersembang, Che Non meminta Kak Pas menunjukkan gambar rumah baharunya itu.

Lalu ditunjukkan beberapa keping gambar-gambar rumah baharunya yang sudah siap, tinggal mahu diduduki sahaja itu.

Maka Che Non memerhatikan satu persatu keadaan rumah itu.

Kemudian dia mula memberikan pendapat atau kritikan-kritikan terhadap reka bentuk rumah Kak Pas.

Dia menegur warna langsir tidak cantik, ruang makan terlalu luas, dapur agak sempit, bilik tidur sepatutnya lebih banyak, cat rumah tidak sesuai, jubin tidak berkualiti.

Pendek kata semua tidak berkenan di mata Che Non.

Selepas mendengar semua krtitikan itu, Kak Pas dengan tenang bertanya,

Habis, rumah Che Non dah buat semua tu ke?

Mesti cantik rumah Che Non kan?

Jawab Che Non,

Rumah saya rumah sewa je.

Saya takde rumah baru, tak mampu lagi nak beli.

Dan orang juga tahu yang Che Non sudah banyak kali tak bayar sewa rumahnya.

Begitulah PH dalam isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Macam perangai Che Non, menyibuk dengan benda yang dia tak ada.

Sibuk mereka bertanya fatwa dari PAS, apa tindakan PAS, kenapa tidak membantah.

Apabila dijawab Presiden PAS yang nama Allah boleh digunakan tetapi tidak boleh disalah guna, mereka kata fatwa itu salah.

Bila almarhum Dr Haron Din kata tidak dibolehkan bukan Islam menggunakan nama Allah, PH kata PAS tidak konsisten.

Sambil dia menyedut asap rokok keluaran yahudi.

Tetapi mana ulamak mereka?

Apa yang ulamak mereka kata tentang hal ini?

Sehingga kini, senyap, diam, hanya mampu melihat, tidak boleh membuat keputusan.

Kenapa mereka tidak mendapatkan fatwa dari ulamak mereka?

Sebab kalau kata tidak boleh, nanti kena tarik balik, taukeh besar marah.

Kalau kata boleh, nanti dikata tiru Presiden PAS dan kena setuju dengan Presiden PAS.

Harapnya ulamak mereka bukan LGE dan LKS.

Menyibuk dengan jawapan ulamak parti orang, ulamak dia sendiri tak mampu menjawab atau membimbing umat.

Malah, tiada siapa pun yang percaya mereka boleh membimbing umat ke jalan yang benar.

Kesian Che Non….

Mohd Nasir Abdullah
13 Mac 2021

Isu Semasa