Sebenarnya, kita marah, benci atau meluat terhadap seseorang pemimpin adalah disebabkan pemimpin itu tidak menyokong pemimpin yang kita sukai atau juga pemimpin itu menyukai pemimpin lain yang kita tidak suka.
Asbab-asbab lain adalah datang terkemudian sebagai justifikasi, samada asbab itu berfakta ataupun fitnah semata.
Kita bagi contoh, Presiden PAS. Kita lihat kepada pihak yang tidak menyukai beliau.
Pertama pihak yang tidak suka terhadap beliau adalah disebabkan Presiden PAS itu tidak menyukai atau menyokong DS Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang.
Disebabkan beliau tidak menyokong mereka berdua, maka beliau dibenci.
Kedua adalah disebabkan beliau menyokong TS Muhyiddin Yassin dan PN.
Maka beliau dibenci oleh sebahagian pihak yang lain.
Maka setiap sudut pergerakan beliau diperhati dan dicari salah silap untuk dihighlight, supaya lebih ramai tidak suka kepada beliau, dan lebih valid untuk menyerang dan men-troll beliau.
Seperti biasa, Presiden PAS adalah manusia yang tidak lari daripada membuat salah silap.
Jika dicari salah silap, pastilah akan jumpa.
Presiden PKR, Pengerusi DAP, Presiden UMNO, Presiden BERSATU dan sebagainya, juga adalah manusia.
Jika pakat selidik cari salah dan silap, pastilah akan ditemui.
Kerana mereka semua adalah manusia.
Tetapi kenapa penyokong PKR sangat menyukai dan menyokong PKR, kenapa ahli dan penyokong UMNO menyukai DS Zahid Hamidi dan DS Najib?
Kenapa ahli DAP wala’ kepada Uncle Lim?
Kerana para penyokong dan ahli parti masing-masing tidak mencari salah pemimpin yang mereka sayangi dan hormati.
Mereka akan cari kebaikan, kehebatan pemimpin mereka untuk di-highlight.
Apabila mereka mencari dan menyelidiki kebaikan, sudah tentu mereka akan jumpa kerana para pemimpin mereka adalah manusia, yang pasti akan ada kebaikan yang mereka buat.
Firaun digambarkan jahat dan zalim dalam ayat-ayat al-Quran.
Tetapi dalam manuscript lain yang ditulis oleh pengkaji sejarah membuktikan ada jasa-jasa baik yang dibuat oleh Firaun.
Nah, Fir’aun yang jahat pun ada perkara baik yang dia buat untuk rakyatnya.
Sebab dia manusia.
Ada bright side, ada dark side.
Mujurlah Tuhan highlight dia jahat dan zalim, jika tidak pasti hari ini akan ada pihak yang bangkit membela Firaun sebagaimana bangkitnya Feminism ‘membela’ wanita, bangkitnya kaum pembela ‘ataturk of Turk’, bangkitnya simpatism terhadap Orochimaru.
Jadi, mentaliti untuk membenci seseorang pemimpin itu adalah datang dari dalam diri kita sendiri.
Kenapa kita nak benci dia?
Kerana dia tidak mahu sokong pemimpin kita.
Jadi seluruh sensor dan radar kita akan mencari dan mengesan kesalahannya, dan mengabaikan segala kebaikan yang dia buat walaupun kebaikan itu jauh lebih besar.
Presiden PKR, kenapa ada pihak tidak suka kepadanya?
Kerana dia tidak menyokong pemimpin pihak tersebut, dan juga beliau menyokong pemimpin lain yang tidak disukai pihak tersebut.
Jadi kesalahan beliau dicari dan mudah saja ditemui.
Kerana beliau adalah manusia.
Apatah lagi mahkamah sudah jatuhkan hukuman kepadanya, tak perlu susah-susah cari.
Saya yakin jika dikaji dan diselidiki kebaikan dan kehebatannya, pastilah orang akan temui.
Cara kita pandang sebenarnya adalah bias.
Sebab?
Sebab kita juga adalah manusia.
Kadang-kadang pandangan kita terlindung dek kabus persepsi yang keterlaluan, sehingga kita salah judge.
Kita judge berdasarkan sentimen yang menguasai diri kita, bukan dengan data dan fakta sangat pun.
Di dunia ini kita boleh nafikan.
Hanya Allah sahaja yang tahu punca sebenar sokongan kita atau kebencian kita terhadap seseorang.
Sokongan dan benci kerana Allah adalah jalan yang paling selamat untuk kita di hari Pembalasan kelak.
Jika sentimen benci menguasai, kita akan mudah terima berita buruk mengenai seseorang yang kita benci walaupun berita itu tidak betul.
Jika berita itu betul, kita akan menjadi frontliner menyebarkan berita betul tersebut secara jelas mahupun secara sindiran kerana sangat bertujuan menjatuhkan kredibiliti orang tersebut.
Tak kira lah kita daripada parti mana dan mazhab mana pun.
Bahkan page Dr Tanaka Mustafa juga tidak terlepas daripada terjerumus dalam perkara yang sama.
Seperti kata seseorang, “Bertaubatlah Tanaka”.
Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa