Bukti Sahih

Bukti Sahih

Alhamdulillah amat tepat fakta-fakta tulisan aku pagi ini, kerana ia segera dibuktikan oleh puak-puak pro-Umno (Terengganu tiada PH, kata Nik Dir).

Mereka segera menyerang Dr Sam selepas pembentangan bajet pagi tadi dengan isu tiada bonus dan isu kelulusan pinjaman tanpa riba kereta YB.

Kalau dahulu isu dana raya, sudahpun lama diam, kerana yang pura-pura kebulur dan terlalu berkehendak dengan wang tapi bukan dari golongan benar-benar miskin, tetapi orang Umno yang suka mengambil kesempatan, sebab mereka telah diajar sejak dahulu untuk mengambil hak sendiri dan ambil lagi hak orang lain.

Kerana itu apabila PAS memerintah antara perkara yang mula-mula mereka lakukan ialah pemutihan senarai penerima.

Ini menyebabkan orang Umno cukup marah, sebab ramai nama mereka yang tidak layak, telah dibuang.

Dr Sam dan barisan Exco diserang bagaikan mahu membunuh rakyat sendiri.

Akhirnya rakyat faham, kecuali orang Umno yang masih degil.

Ada dua bukti kuat bahawa Dr Sam dan barisan Exco Terengganu memang kuat dan ditakuti lawan iaitu:

1. Tiada isu salah laku dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri atau kerugian GLC misalnya yang boleh mereka guna untuk menyerang Kerajaan Terengganu atau projek membazir dalam pembentangan bajet ini.

Malah Jabatan Audit Negara juga tidak melaporkan hal itu sebelum ini.

Jadi mereka terpaksa menggoreng isu picisan, supaya rakyat percaya atau sekadar mahu melepaskan gian memfitnah mereka.

2. Kalau Dr Sam dan Exco beliau sangat lemah, kenapa perlu serang?

Hanya si bodoh yang akan menyerang dan menghabiskan peluru, bom, meriam mereka untuk lawan yang sudah tidak berdaya.

Sedangkan cukup diikat di pokok sahaja biar mati kering.

Namun disebabkan mereka tahu Dr Sam dan Exconya kuatlah maka beliau diserang, disekat dan difitnah.

Terima kasih puak-puak pro-Umno kerana telah mensahihkan bahawa Dr Sam dan barisan Exco beliau sangat kuat disebabkan tata kelola yang menepati kehendak agama.

Tak lama lagi, diamlah isu murahan tu, apalagi isu pasal pinjaman yang Adun kena bayar dan terserah atas Adun, mahu buat pinjaman atau tidak.

Bukan diberi percuma macam tanah di Besut, Adun BN dapat sehektar seorang.

Kerajaan kami, memilih untuk menghindari riba dn rasuah.

Tiada pimpinan negeri kami yang mempunyai masalah rasuah, alhamdulillah, segala puji bagi Allah, semoga Allah memberkati dan kekalkan integriti kami, amiin.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis