Lebih Machiavelli Dari Machiavelli

Lebih Machiavelli Dari Machiavelli

Dalam seminggu ini, kita sudah jangkakan akan ada serangan bertali arus yang dibuat oleh musuh politik bagi meremehkan usaha-usaha, laporan-laporan kejayaan dan juga perancangan masa depan Kerajaan Negeri dalam Pembentangan Bajet 2026 untuk rakyat Terengganu.

Dan kita juga telah maklum dan bersedia dengan taktik musuh-musuh rakyat Terengganu ini akan cuba memanipulasikan segala perkara sehinggakan kentut MB, Exco-Exco dan Adun-Adunpun mereka akan jadikan isu jika mereka yakin isu itu boleh menjatuhkan kerajaan.

Namun sesuatu yang tidak pernah kita duga apabila ada spesis manusia hina dina sanggup menjadikan kematian manusia sebagai modal politik murahan yang keji.

Betapa rendahnya maruah mereka apabila berpolitik hingga tiada rasa kemanusiaan.

Malam tadi, telah tular hantaran berkenaan seorang pesakit yang ada penyakit kronik telah meninggal dunia.

Maka bermulalah serangan akhlak keji dari segelintir manusia yang gila untuk berpolitik tidak kira apa, menularkan tangkap layar berkenaan permohonan allahyarham kepada Exco.

Manusia yang tidak berhati perut itu cuba menggunakan kematian sebagai serangan kepada Exco dengan tujuan mahu mendakwa (tanpa bertanyakan Exco untuk kepastian) yang Exco tidak memberi bantuan, sehingga pesakit itu meninggal, hanya bersandarkan kepada tangkap layar itu sahaja.

Sedangkan menurut rekod yang diberikan oleh Exco telah beberapa kali bantuan diberikan kepada allahyarham semasa hayatnya.

Hanya sahaja, selepas duit rakyat Terengganu disekat oleh pusat, pemimpin kepada kumpulan manusia keji itu, maka peruntukan menjadi kurang.

Sepatutnya kita menuding jari kepada JPKKP kerana duit Kerajaan Terengganu disekat dan JPKKP yang diberikan kuasa oleh Pusat, tetapi tidak menyalurkan bantuan kepada allahyarham.

Apa jawapan mereka?

Adakah JPPKP tahu ada orang sakit?

Ada buat ziarahkah?

Kuasa mahu, peruntukan ambil, bila ada masalah, negeri pula disalahkan.

Berapa ramai orang PAS dahulu yang menghidap sakit kronik tetapi tidak mendapat bantuan dari kerajaan lalu, kita tidak jadikan kematian sebagai isu murahan kerana PAS bukan manusia hina dan keji untuk menggunakan isu kematian bagi meraih simpati politik.

Aku hanya terfikir, jika Machiavelli yang mengembangkan prinsip matlamat menghalalkan cara itu masih hidup, mungkin mendiang juga tidak sanggup memainkan isu kematian ini untuk mencapai matlamatnya.

Tetapi pengamal prinsip mendiang kini lebih berani menggunakan isu kematian untuk politik.

Geleng kepala Machiavelli kalau dia tahu.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis