Pakar ekonomi kata nilai ringgit akan terus jatuh berbanding matawang USD.
Logiknya kita boleh lihat pada Weekly chart untuk meramalkan kemungkinan tersebut.
Menurut chart, ramalan pakar-pakar mungkin akan berlaku.
Jika melihat kepada momentum biasa, mungkin dalam 3-4 minggu lagi Ringgit akan pecah ke RM4.80 untuk 1USD.
Kalau momentum biasa lah.
Kalau momentum kejatuhan itu tahap gila-gila, next week dah boleh cecah RM4.80.
Apabila cecah RM4.80, istilah breakout disebut.
Apabila breakout, sasaran ke RM5.00 untuk 1USD semakin hampir.
Lihat kepada bulatan hijau yang dilukis, pattern Stochastic RSI pada waktu ini mungkin akan serupa dengan pattern Stochastic RSI ketika April-Julai 2022 – di mana price action-nya bullish.
Nilai Ringgit jatuh berterusan.
Kerajaan – PMX, Menteri Keewangan, Menteri Ekonomi dan BNM perlu ambil tindakan yang efektif untuk menurunkan momentum Stochastic RSI dan MACD.
Taktikal menaikkan OPR baru-baru ini nampak tidak memberi kesan, malahan keadaan semakin buruk.
Kena cari cara lain.
Ringgit paling rendah adalah ketika minggu ketiga parlimen dibubarkan, mencecah RM4.74 untuk 1USD.
Effect Madanon berjaya menurunkan momentum kejatuhan – membuatkan Walanon bergembira dengan effect tersebut – pakat menahan diri daripada impress untuk beberapa minggu.
Setelah effect Madanon habis, matawang mula membuat correction kepada nilai sebenar.
Ternyata effect Madanon hanyalah fake dan wayang.
Sekarang kita berada dalam fasa Madanon kehilangan formula untuk menyelamatkan nilai Ringgit dan ekonomi.
Sebagai rakyat Malaysia, kita kena sokong penuh usaha kerajaan untuk membetulkan ekonomi kita.
Kerajaan sedang terdesak, dan mula mahu melibatkan BNM dalam usaha menyelamatkan Ringgit.
Kalau ikut Tun Mahathir, dia mahu Ringgit ditambat pada RM3.80 macam zaman dia dahulu.
Namun pakar-pakar ekonomi kata, sudah tak sesuai dan akan membangkrapkan resource negara.
Berusahalah, PMX dan Menteri Keewangan.
Bola ditangan anda.
Jangan sampai breakout.
Nanti lagi teruk kena bahan, lagi teruk ekonomi kita.
Harga barang akan bertambah mahal.
Arahkan menteri supaya fokus kepada ekonomi negara.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa