Pengisytiharan calon BN dibuat dalam satu majlis untuk semua negeri PRN.
Manakala pengisytiharan calon PH pula dibuat secara berasingan antara komponennya – PKR, AMANAH dan DAP – masing-masing mengumumkan calon untuk keenam-enam negeri dalam satu majlis.
Malam ini pula pengisytiharan calon PN dan PAS dibuat berasingan di setiap negeri PRN – serentak.
Dia punya crowd – masya Allah.
Dia punya event pun disusun bagi nampak gah dan gemilang – tak macam BN dan PH, buat pengumuman macam lantikan AJK PIBG sekolah saja.
Live view di FB dan TikTok pula berpuluh ribu untuk pengisytiharan calon PN setiap negeri.
Ramai. Gah. Tapi kena ingat. Takut jadi seperti perang Hunain – tentera Islam terlalu yakin dengan jumlah yang terlalu besar di pihak Muslimin – akhirnya tewas dan berselerak ketika di medan pertempuran.
Kerana waktu itu – setelah Fathu Mekah – ramai ‘ahli-ahli baharu’ yang baru memeluk Islam menyertai perang Hunain.
Mereka ini baru, belum kenal Islam sepenuhnya, belum mengenali tarbiyah Islam dan sebagainya.
Mereka inilah terlalu yakin bahawa dahulu tentera Islam yang bilangannya jauh lebih kecil dapat menang dalam siri peperangan melawan musuh yang jauh lebih besar bilangannya – kali ini bilangan kita besar, kita pasti menang.
Keyakinan yang tidak bersandar kepada kekuasaan dan ketentuan Allah, maka Allah ‘ajar’ tentera Islam dengan kekalahan dan pasukan mereka berselerak walaupun ramai.
Maka, geng PN kena pandang ke situ.
Ada perbezaan yang orang tak nampak antara PRU15 parlimen dengan PRN kali ini.
Apa perbezaannya?
Perbezaannya adalah – ketika PRU15 – geng PN dan PAS bekerja bersungguh-sungguh kerana merasai kesukaran untuk melawan BN dan PH dalam pertembungan tiga penjuru.
Tak nampak apa-apa gelombang besar yang akan bantu mereka.
Atas asbab kesukaran itu, mereka bermunajat setiap malam kempen memohon pertolongan Allah.
Tapi PRN kali ini, sudah ada dalam fkiran dan benak di dada bahawa kita sudah kuat, gelombang anak muda, gelombang TikTok, gelombang hijau bagai masih kuat.
Malahan ada pihak yang tidak bersama ketika PRU15 dahulu, kali ini pakat-pakat join kerana nampak kekuatan dan bilangan besar sokongan PN.
Dibimbangi kumpulan-kumpulan yang baru join kebangkitan PN ini dibuai dengan jumlah sokongan besar – menyebabkan mereka leka dan terlalu yakin – sehingga lupa bahawa kemenangan bukanlah diperoleh kerana ramainya sokongan, tetapi kemenangan adalah kurniaan Allah.
PH dan BN mungkin koyak jika mereka ikuti dan lihat sokongan besar dalam crowd pengisytiharan calon PN malam ini.
Tetapi bagi pemimpin BN dan PH yang berpengalaman, mereka pun tahu dan ada strategi untuk hadap gelombang besar ini.
Depa yakin kemenangan sebenar adalah setelah undi selesai dikira pada malam 12 Ogos nanti.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa