Ekoran pandemik Covid19, seluruh negara ditentukan SOP tertentu untuk menjaga kemaslahatan rakyat.
Tidak terkecuali adalah masjid.
SOP ditetapkan misalnya penjarakkan fizikal 1 meter antara setiap jemaah ketika solat, pemakaian facemask, sanitizer, rekod nama,scan My Sejahtera, pengambilan suhu badan, kewajipan membawa sejadah sendiri, warga asing, warga emas dan kanak kanak tidak dibenarkan.
Saya menerima aduan ekoran penjarakkan fizikal 1 meter, kapasiti masjid menjadi 1/3 dari bilangan jemaah yang biasa dapat ditampung.
Kalau biasa boleh muat 1000 orang, akan muat cuma dalam 400 orang.
Baki yang lain akan terpaksa berada di laluan, kaki lima, sebahagian di tempat meletak kereta berbumbung dan ramai juga di atas tanah atau kawasan parking bertar secara terbuka.
Hari ini saya ingin melihat dan merasai sendiri situasi itu dan bersama jemaah yang lain duduk di atas tanah tanpa berbumbung bawah terik matahari.
Sekurang-kurang untuk Parlimen Kuala Terengganu jika boleh saya cadangkan.
Kita ada banyak surau surau yg besar yg sentiasa diimarahkan dengan baik yang turut mempraktiskan SOP yang sama dan mempunyai kemudahan kemudahan yang setanding masjid seperti mimbar, sistem PA yang baik, projektor malah banyak yang berhawa dingin.
Sebahagiannya pernah memenangi anugerah Surau Terbaik Maal Hijrah dan ada yang merupakan masjid lama yang asal sebelum digantikan dengan masjid yang baru misalnya Masjid Lama Durian Burung.
Apa kata untuk sepanjang tempoh Covid19 ini dipertimbangkan kebenaran sementara mengadakan Solat Jumaat untuk surau surau terpilih yang diaudit dulu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu?
Sekurang-kurangnya matlamat SOP misalnya menjaga kebersihan tidak menjadi gagal bila ada jemaah yang terpaksa solat di persekitaran yang tidak bersih misalnya kaki lima tepi longkang, tangga atau tanah, tar yang sentiasa dipijak pelbagai manusia dan haiwan.
Kita pun sudah sangat hampir dengan musim hujan monsun.
Ahmad Amzad Hashim

