Sabah Adalah Hak Malaysia – PBB

Sabah Adalah Hak Malaysia – PBB

Dalam beberapa hari ini Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar telah banyak menulis di Facebooknya tentang isu tuntutan pihak asing ke atas Sabah.

Beliau berharap semua pihak jelas mengapa Kerajaan Persekutuan bertegas untuk tidak melayan apatah lagi berunding dengan mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

“Saya bukan suka-suka.”

“Tetapi sebagai Menteri Luar, saya perlu respon kenyataan yang dikeluarkan beberapa orang pemimpin pembangkang,” Kata Hishammuddin.

Beliau berharap semua rakyat Malaysia perlu tahu fakta yang tidak pernah berubah itu – 14 September 1963, Setiausaha Agung PBB lapor kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih sertai Malaysia.

Sejak itu, PBB dan masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai “an inseperable, unalienable and integral part of Malaysia (bahagian Malaysia yang tidak dapat dipisahkan, tidak dapat ditahan dan tidak terpisahkan)”. 16 September 1963, Sabah dengan rasminya menyertai Persekutuan Malaysia.

“Sebab itu, sebarang tuntutan ke atas Sabah, kita TIDAK layan dan runding,”tambah Beliau lagi.

Baca Kenyataan PBB di bawah ini:

*************************

Kesimpulan Akhir Setiausaha Agung Mengenai Malaysia

“Sebagai tindak balas atas permintaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Republik Indonesia dan Republik Filipina, pada 5 Ogos 1963, saya setuju untuk memastikan, sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia, keinginan rakyat (Borneo Utara), dan Sarawak.

Seperti yang diramalkan dalam komunikasi saya pada 8 Ogos 1963, sebuah Misi dibentuk, yang terdiri daripada dua pasukan, satu untuk Sarawak dan satu lagi untuk Sabah (Boneo Utara), bekerja di bawah pengawasan wakil peribadi saya.

Misi kini telah menyelesaikan siasatan yang diberikan, dan telah melaporkan kepada saya.

Sebelum ini, Bekas Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Shafie Apdal mencadangkan untuk membawa isu tersebut ke panel timbang tara antarabangsa.

Menurut akhbar South China Morning Post (SCMP), ramai rakyat Filipina gembira dengan cadangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Wadi, seorang profesor Universiti Filipina mengatakan dia faham dari mana Shafie berasal.

“Shafie dibesarkan di Sabah tetapi ibu bapanya berasal dari Kepulauan Sulu, tempat pemerintahan Kesultanan Sulu yang AS secara sepihak memasukkannya ke wilayah Mindanao di Filipina pada tahun 1946,” katanya.

Isu Semasa